Dataran Pahlawan tawar pelbagai hadiah menarik sempena Hari Natal

Masa Membaca:2 Minit, 30 Saat

PERAYAAN Hari Natal yang bakal tiba tidak lama lagi sememangnya amat dinantikan oleh mereka yang menganut agama Kristian dan pihak Dataran Pahlawan Melaka Megamall tidak ketinggalan untuk berkongsi kemeriahan perayaan tersebut dengan pelbagai aktiviti.

Dataran Pahlawan Melaka Megamall turut menawarkan pelbagai hadiah istimewa buat pengunjung sempena sambutan akhir tahun bersama dengan Hari Natal dari 1 Disember 2020 hingga 3 Januari 2021.

Atas tanggungjawab sosial korporat (CSR), pihak Dataran Pahlawan Melaka Megamall bekerjasama dengan SWCorp bagi program ‘Trash It Right’ yang akan diadakan pada 5,12 dan 19 Disember 2020 dan program tersebut akan bermula dari jam 2 petang hingga 4 petang, bertempat di West Concourse, Dataran Pahlawan Melaka Megamall.

Program itu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai pengurusan sisa pepejal.

Orang ramai yang hadir, hanya perlu membawa dua beg penuh berisi barangan kitar semula dan baucar eksklusif menanti mereka yang bertuah.

Selain itu, aktiviti cabutan bertuah turut akan diadakan oleh pihak Dataran Pahlawan Melaka Megamall yang mana anda hanya perlu membelanjakan sebanyak RM100 ke atas dalam kombinasi dua resit, anda layak untuk menyertai aktiviti tersebut.

Jangan lepaskan peluang ini kerana anda mungkin akan memenangi simpanan tunai bernilai RM 1,000, jersi berjenama New Balance yang ditandatangani secara eksklusif oleh pemain lagenda Liverpool, Michael Owen dan jam tangan pintar Xiaomi Band 4. Semakin tinggi jumlah anda berbelanja, semakin tinggi peluang anda untuk menjadi pemenang bertuah.

Sambil membeli-belah, jangan lupa untuk mencari ‘rusa emas’ yang terletak di sekitar pusat membeli-belah Dataran Pahlawan Melaka Megamall. Anda boleh bergambar secara kreatif bersama rusa tersebut dan orang ramai dijemput untuk sertai peraduan ‘Reindeer & Me Selfie’ dan anda berpeluang memenangi hadiah berupa wang tunai.

Gambar yang paling disukai di laman media sosial akan memenangi hadiah wang tunai RM300 manakala pemenang di tempat kedua dan ketiga masing-masing akan membawa pulang RM200 dan RM100.

Pada masa yang sama, 30 pengundi bertuah juga akan berpeluang untuk memenangi baucar tunai yang menarik. Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh ke laman media sosial @dataranpahlawan.

Keceriaan sambutan Hari Natal diteruskan dengan ‘Christmas Bingo’ dan ‘Hunting Reindeer’ di Dataran Pahlawan Melaka Megamall. Pra-pendaftaran akan dibuka pada 1 Disember 2020 melalui pautan https://forms.gle/XQk4tSjdbQnaPNX69.

Nikmati pelbagai hadiah menarik seperti penginapan 2 hari 1 malam di Hatten Hotel yang terletak di tengah-tengah tapak warisan UNESCO Melaka. Selain itu juga, terdapat hadiah-hadiah lain yang menanti anda pada sepanjang sambutan Hari Natal di Dataran Pahlawan Melaka Megamall.

Sambutan Hari Natal juga dimeriahkan dengan persembahan menarik dan aktiviti ‘Santa Meet & Greet’ yang akan berlangsung pada 6,13,20 dan 26 Disember 2020 bermula jam 2 petang hingga 4 petang.

Untuk maklumat lanjut mengenai program ‘Sparkling Christmas Celebration’ anjuran Dataran Pahlawan Melaka Megamall, anda boleh terus ke laman sesawang www.dataranpahlawan.com atau ikuti laman media sosial @dataranpahlawan untuk lebih banyak informasi, tawaran dan promosi istimewa.

Dataran Pahlawan Melaka Megamall dibuka pada setiap hari dari 11.00 pagi hingga 9.00 malam. Untuk pertanyaan lebih lanjut, sila hubungi 06-2815153 atau hantarkan e-mel kepada kami di [email protected].

Views:

4008
Kongsi :
Previous post Belanjawan pertama PN lulus
Next post Lanjut waktu operasi perniagaan legakan peniaga, pelancong
Ubah saiz-+=