Lanjut waktu operasi perniagaan legakan peniaga, pelancong

Masa Membaca:1 Minit, 36 Saat

AYER KEROH 15 Dis – Had operasi premis perniagaan membabitkan kedai makan, kedai makan, kedai serbaneka, kedai runcit dan pasar raya yang dilanjutkan waktu operasi sehingga jam 2 pagi memberi kelegaan kepada peniaga dan pelancong yang datang ke negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali berkata, sebelum ini perancangan untuk membenarkan had operasi itu dibincangkan dalam Majlis Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Khas Negeri Melaka dan perkara itu diputuskan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Khas COVID-19 yang bersidang semalam dikuatkuasakan hari ini.

Katanya, memandangkan Melaka adalah negeri pelancongan, keputusan itu pastinya memberikan keselesaan kepada pelancong dari luar negeri ini untuk bercuti.

“Bagi peniaga, sudah tentu memberi kelegaan kerana ada antara mereka yang memulakan perniagaan pada waktu petang, jadi sempena perayaan Hari Krismas saya yakin pengunjung atau saudara mara yang datang ke negeri ini akan menikmati percutian mereka di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan merasmikan Program Penyampaian Sumbangan Krismas 2020 di kediaman rasminya di Seri Bendahara, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Melaka Datuk Wira Latipah Omar dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Burhanuddin Bachik.

Mengulas lanjut, Sulaiman berkata, apabila kebenaran itu diputuskan, peniaga perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan termasuk mengamalkan penyusunan meja makan dalam jarak satu meter.

“Saya berharap pengunjung yang datang ke negeri itu turut mematuhi arahan ditetapkan, siapa yang akan melaksanakan jika kita bukan kita.

“Kita jaga kita, kita jaga negeri kita, dan tunjukkan kasih dan sayang kepada negeri kita,” katanya.

Sementara itu, peniaga premis perniagaan gerai makanan, Noor Asmah Mohd Said, 56 berkata, had operasi yang ditetapkan kerajan negeri itu perlu dimanfaatkan semua pihak yang terlibat bagi memastikan arahan itu ditarik balik demi keselamatan rakyat di negeri ini.

Katanya, apabila kebenaran itu diperolehi, peniaga sepertinya dapat menjana pendapatan sampingan pada waktu mencabar ini.

“Alhamdulillah, apa yang diputuskan kerajaan negeri itu sesuatu yang bagus dan memberi kelegaan kepada kami sebagai peniaga,” katanya.

Views:

854
Kongsi :
Previous post Dataran Pahlawan tawar pelbagai hadiah menarik sempena Hari Natal
Next post Sila patuh SOP ketika bercuti
Ubah saiz-+=