Sorting by

×

DBP WILAYAH SELATAN – MELAKA HARI INI JALIN KERJASAMA MARTABAT BAHASA MELAYU

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

AYER KEROH 5 Mei – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Selatan menjalin kerjasama dengan Melaka Hari Ini (MHI) Sdn Bhd dalam memartabat dan memperkaya penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat, khususnya rakyat Melaka.

Kerjasama itu dihasratkan menerusi sesi perbincangan DBP Wilayah Selatan yang diketuai Pengarahnya Mohd Riduwan Wahab ke atas Ketua Pegawai Eksekutif MHI Sdn Bhd Nasharuddin Muhammad di Pejabat MHI Sdn Bhd di Kompleks CMI, di sini, hari ini.

Perbincangan itu menjurus kepada penganjuran Kuiz Bitara Bahasa dan Sastera yang disiarkan MHI menerusi platform akhbar cetak dan akhbar digital dijangka bermula Julai depan.

Antara matlamat utama projek usahasama itu adalah mendidik masyarakat agar membudayakan bahasa Melayu yang betul, selain memastikan bahasa rasmi kebangsaan itu terus berperanan sebagai bahasa negara.

Beberapa tema telah ditetapkan dalam projek kuiz tersebut, antaranya aspek tatabahasa, peribahasa, dialek Melaka, kata pinjaman, bahasa klasik dan istilah semasa.

6106958533430985033
PENGARAH DBP Wilayah Selatan Mohd Riduwan Wahab dan Ketua Pegawai Eksekutif MHI Sdn Bhd Nasharuddin Muhammad serta warga kerjanya bergambar bersama selepas perbincangan tersebut. Foto Iqmal Haqim Rosman

Kuiz tersebut dijangka akan bermula pada 1 Julai hingga Disember depan, di mana ia akan disiarkan pada setiap minggu di akhbar Melaka Hari Ini mengikut syarat-syarat yang akan dimuktamadkan kelak.

Pemenang kuiz pada setiap keluaran akan menerima hadiah menarik berupa wang tunai yang disediakan DBP Wilayah Selatan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

395
Kongsi :
Previous post SENARAI PEMAIN MELAKA FC AKAN DIMUKTAMADKAN HUJUNG BULAN INI – NUR AZMI
Next post MELAKA PERGIAT KEMPEN TUKAR KAD OKU BAHARU