DEMI PENGALAMAN PERTAMA ANAK, IBU SANGGUP BERATUR DUA JAM

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

DUYONG 5 Ogos – Demi memenuhi hasrat empat cahaya matanya untuk merasai pengalaman menyusuri Sungai Melaka, Shalwani Ismail, 36, sanggup menunggu hampir dua jam bagi mendapatkan giliran menaiki Melaka River Cruise pada Program Melaka Bila Larut Malam Edisi Ogos.

Shalwani berasal dari Simpang Ampat, Alor Gajah berkata, dia bersama suami dan anak tiba di Jeti Melaka River Cruise, Pengkalan Rama seawal jam 9 malam kerana tidak mahu melepaskan peluang menikmati tiket RM10 ditawarkan.

Menurutnya, kunjungan itu dibuat khas semata-mata untuk membawa anak-anak menaiki Melaka River Cruise buat kali pertama.

“Saya sanggup tunggu sebab anak-anak memang teruja hendak naik bot. Ini kali pertama mereka dapat merasai pengalaman menaiki Melaka River Cruise.

“Kalau harga biasa agak tinggi juga, terutama bagi keluarga yang mempunyai ramai anak. Sebab itu saya harap program seperti ini diteruskan supaya lebih ramai dapat menaiki bot pada harga mampu milik,” katanya kepada Melaka Hari Ini di Jeti Melaka River Cruise, Pengkalan Rama, di sini.

Bagi Mimah Yaacob, 32, dari Senawang, Negeri Sembilan berkata peluang menikmati tiket RM10 menjadi sebab utama dia membawa keluarganya menaiki Melaka River Cruise.

“Kami datang sebab harga tiket RM10 memang murah. Bukan selalu ada peluang macam ini, jadi kami terus ambil kesempatan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

492
Kongsi :
Previous post TOK RAUF ZIARAH RAJA PANTUN MELAKA
Next post LEBIH 12,000 PESERTA MERIAHKAN PERBARISAN HARI KEBANGSAAN MELAKA 31 OGOS INI