Sorting by

×

DEWAN BELIA MELAKA, PENTAS BENTUK PEMIMPIN MASA HADAPAN

Masa Membaca:3 Minit, 27 Saat

SERI NEGERI 18 April – Penubuhan Dewan Belia Negeri Melaka adalah langkah strategik yang penuh harapan dan mencerminkan kesungguhan Kerajaan Negeri dalam melahirkan pemimpin pelapis yang inklusif, berpandangan jauh serta responsif terhadap perubahan semasa, kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Kata Ketua Menteri, beliau tidak mahu suara orang muda hanya bergema dalam dewan perbahasan, sebaliknya diperkasakan lagi menjadi nadi yang menggerakkan dasar, pencetus transformasi dan penghubung antara rakyat dan pentadbiran.

Menurut Ketua Menteri, cabaran itu kini digalas 33 wakil, mewakili 28 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lima wakil lantikan khas. Saya yakin, semua yang dilantik datang dengan semangat berkobar, idealisme tinggi dan tekad untuk membawa perubahan positif.

“Kerajaan Negeri membuka ruang seluas-luasnya kepada Ahli Dewan Belia untuk menjadi pemikir strategik, pencetus idea segar dan penggerak bijak dalam komuniti.

“Inilah masa saudara saudari menonjolkan potensi sebenar, membina jaringan, memperkukuh kemahiran dan menempatkan diri sebagai pemimpin masa depan yang diyakini dan dihormati,” kata Ketua Menteri ketika berucap pada Majlis Penyampaian Watikah Speaker dan Ahli Dewan Belia Negeri Melaka Sesi 2024/2026 di Dewan Tun Mutahir, Seri Negeri, di sini, hari ini.

Hadir sama pada majlis itu Speaker DUN Melaka, Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin; Exco Pelancongan Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman serta Exco Belia, Sukan dan NGO negeri Datuk VP Shanmugam.

Yang Turut hadir Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh; Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem; Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Nytheen Kunju Basheer, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman, barisan Exco, Timbalan Exco, ketua jabatan dan agensi Kerajaan Negeri.

Pada majlis sama Ab Rauf turut menyampaikan watikah pelantikan sebagai Speaker Dewan Belia Negeri Melaka kepada Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET negeri, Datuk Khaidhirah Abu Zahar.

Ab Rauf berkata, pelantikan berkenaan adalah satu penghormatan yang datang bersama amanah dan tanggungjawab yang besar selain menuntut komitmen, integriti dan keikhlasan daripada setiap yang menerima watikah.

“Ini adalah bukti nyata bahawa Kerajaan Negeri serius melibatkan generasi muda dalam kepimpinan dan pembangunan negeri. Secara peribadi, saya amat teruja dan berbangga kerana kita menyaksikan bermulanya satu perjalanan penting sebuah misi besar membina masa depan negeri tercinta melalui gandingan tenaga muda yang segar bersama kepimpinan berpengalaman,” katanya.

 

AHLI DEWAN BELIA NEGERI MELAKA SESI 2024-2026

1. Rafiuddin Wahid – N.1 Kuala Linggi
2. Nurul Alyia Zamrie – N.2 Tanjung Bidara
3. Ahmas Imaduddin Zainal Abidin – N.3 Air Limau
4. Nur Izzati Jamaluddin – N.4 Lendu
5. M Kuhan – N.5 Taboh Naning
6. Fahmi Barakbah Mohamed Salleh – N.6 Rembia
7. Muhammad Syalihin Norsham -N.7 Gadek
8. Mohd Firdaus Baharuddin – N.8 Machap Jaya
9. Muhammad Zulaqmar Zainudin – N.9 Durian Tunggal
10. Norhafizi Abdul Rahman – N.10 Asahan
11. Beebe Maisarah Marazam – N.11 Sungai Udang
12. Muhammad Shafiq Ab Majid – N.12 Pantai Kundur
13. Danieq Afifi Iskandar Zuhri Iskandar – N.13 Paya Rumput
14. Kam Chin Boon – N.14 Klebang
15..Harris Daniel Hermee – N.15 Pengkalan Batu
16. Mohammad Ashshabru Syakirin Kamsol – N.16 Ayer Keroh
17. Mohd Nurishaq Mohd Fauzi – N.17 Bukit Katil
18. Azza Aiisar Anuar – N.18 Ayer Molek
19. Teng Wen Jie – N.19Kesidang
20. Monica Heng Xin Yee -N.20 Kota Laksamana
21. Nik Ahmad Yaakob Nik Mahamood -N.21 Duyong
22. Hau Jia Juin – N.22 Bandar Hilir
23. Asyur Anwar Mustapha – N.23 Telok Mas
24. Adam Azrul Ahmad Kamel – N.24 Bemban
25. Nurqistina Amir Hamzah – N.25 Rim
26. Muhammad Nur Rusyaidi Rostam – N.26 Serkam
27. Muhammad Amirul Amad – N.27Merlimau
28. Mohammad Fiza Mohd Fuad N.28 Sungai Rambai
29. Nur Shuhada’ Zulkharnain – Lantikan YAB Ketua Menteri
30. PS Avinaash – Lantikan YAB Ketua Menteri
31. Muhamad Solihin Mohamat Shati Lantikan YAB Ketua Menteri
32. Suhana Hanum Mohd Salleh – Lantikan YAB Ketua Menteri
33. Muhammad Najmi Mohd Nordin – Lantikan YAB Ketua Menteri

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

849
Kongsi :
Previous post 30 MENARA TELEKOMUNIKASI BAHARU SIAP TAHUN INI
Next post MELAKA KOMITED LAHIRKAN BELIA BERANI, BIJAKSANA, BERPANDANGAN GLOBAL