Dialog bersama rakyat dua bulan sekali – Shahril Hamdan

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

ALOR GAJAH 12 November – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Alor Gajah bersedia berdepan rakyat Alor Gajah menerusi sesi ‘townhall’ atau dialog bagi membincangkan masalah yang dihadapi di kawasan itu sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Shahril Sufian Hamdan berkata, pihaknya akan menganjurkan sesi itu sekurang-kurangnya dua atau tiga bulan sekali untuk membentangkan segala perkara yang telah dilaksanakannya kepada rakyat di Parlimen itu.

“Saya akan melaksanakan satu sesi townhall setiap dua atau tiga bulan sekali, sekiranya saya dipilih sebagai Ahli Parlimen di kawasan ini saya akan bentangkan segala pencapaian saya kepada rakyat.

“Apa yang saya berjaya tunaikan, apa yang saya gagal saya akan bentangkan kepada mereka sampailah sesuatu masalah itu selesai.

“Semua rakyat Alor Gajah boleh datang, saya akan berdepan dengan mereka dan berdialog dengan mereka untuk selesaikan mana-mana masalah yang tidak selesai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program Suara Hati Orang Muda Alor Gajah diadakan di Rembia, di sini, malam tadi.

Hadir sama Exco Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman; Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis; Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri VP Shanmugam; Ketua Pemuda UMNO Negeri Melaka merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan Fairul Nizam Roslan; Adun Rim Datuk Khaidhirah Abu Zahar; Adun Duyong Mohd Noor Helmy Abdul Halem dan lain-lain kenamaan.

Program dialog itu dianggarkan dihadiri lebih 2,000 warga Alor Gajah dan penduduk sekitar.

Menurut Shahril, sebagai pemimpin muda, beberapa pembaharuan perlu dilakukan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1957
Kongsi :
Previous post Lulus peruntukan tambahan RM1 juta bina dewan terbuka, gerai perniagaan di Kampung Chohong
Next post Hadiah tahun baharu buat anak muda Jasin
Ubah saiz-+=