Lulus peruntukan tambahan RM1 juta bina dewan terbuka, gerai perniagaan di Kampung Chohong

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

RIM 12 November – Kerajaan Negeri bersetuju meluluskan peruntukan tambahan bernilai kira-kira RM1 juta bagi membina kemudahan awam di kawasan gelanggang futsal di Kampung Chohong, di sini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman berkata peruntukan itu akan dimasukkan dalam pembentangan Bajet 2023 Negeri Melaka yang dibentangkan bulan hadapan.

Katanya, dengan peruntukan tambahan itu kemudahan infrastruktur seperti dewan terbuka dan gerai perniagaan di tapak kawasan gelanggang berkeluasan 1.9 ekar itu dapat dimanfaatkan oleh penduduk sekitar kawasan Kampung Chohong, Jasin.

“Saya bersetuju sebagaimana disebutkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rim untuk dibina kemudahan lain seperti dewan terbuka dan gerai perniagaan.

“Tahun hadapan saya luluskan dan (peruntukan tambahan) akan diangkat dalam pembentangan Bajet 2023 Melaka.

“Peruntukan (tambahan) seperti dewan terbuka dan gerai perniagaan ini mungkin mengambil kos peruntukan lebih RM1 juta, insha-Allah saya luluskan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Gelanggang Futsal Kampung Chohong, di sini, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari; Adun Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar; calon Barisan Nasional Parlimen Jasin Datuk Roslan Ahmad dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Datik Sapiah Haron.

Terdahulu, Khaidhirah dalam ucapannya memohon jasa baik Ketua Menteri agar menambah kos pembinaan kemudahan awam supaya dapat dimanfaatkan oleh pelbagai lapisan masyarakat.

“Pembinaan seperti dewan terbuka yang boleh dijadikan lokasi majlis seperti kenduri, majlis perkahwinan mahupun program rakyat.

“Selain itu kawasan gelanggang itu juga boleh dikembangkan untuk membuka peluang menjana pendapatan penduduk setempat dengan pembinaan ruang gerai perniagaan seperti medan selera supaya sama-sama menikmati sumber ekonomi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2072
Kongsi :
Previous post MBMB rangkul dua Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara
Next post Dialog bersama rakyat dua bulan sekali – Shahril Hamdan
Ubah saiz-+=