Dicekup selepas curi wang jualan ‘Churros’

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

DUYONG 7 November – Padah mencuri wang jualan sebuah gerai makanan, seorang lelaki dicekup polis dalam serbuan di Medan Selera Taman Merak Mas, Bukit Katil, semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, suspek berusia 23 tahun itu ditahan kira-kira jam 4.15 petang oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah.

“Tangkapan terhadap suspek dibuat selepas dipercayai dia terbabit dalam kecurian wang di Taman Duyong Bestari pada petang Jumaat lalu.

“Selain tangkapan, polis turut merampas beberapa barangan antaranya sebuah motosikal Yamaha Ego Avantiz dipercayai digunakan semasa melakukan aktiviti jenayah, beberapa buah telefon bimbit serta sepaket plastik lutsinar disyaki mengandungi dadah jenis syabu,” katanya.

Christopher berkata, pada 4 November pihaknya menerima laporan berhubung kejadian curi wang berjumlah kira-kira RM700 disebuah gerai jualan makanan.

“Menurut pembantu gerai yang juga remaja perempuan berusia 19 tahun ketika sedang berniaga dia didatangi seorang pelanggan lelaki menaiki sebuah motosikal dan hendak membeli Churros.

“Ketika dia sedang memasak kuih berkenaan, lelaki terbabit tiba-tiba membawa lari bekas duit yang mengandungi wang dianggarkan berjumlah RM700 yang diletakkan diatas meja,” katanya.

Mengulas lanjut Christopher berkata, suspek kini direman bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan terhadapnya.

“Malah semakan lanjut dilakukan mendapati suspek turut mempunyai rekod lampau membabitkan kesalahan dadah selain kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2119
Kongsi :
Previous post Kumpul artifak Kesultanan Melayu Melaka di Belanda
Next post Sebak rumah berwajah baharu
Ubah saiz-+=