Dominant Opto Technologies labur RM1.3 bilion – Ab Rauf

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

BATU BERENDAM 7 Feb – Pengeluar lampu kenderaan menggunakan teknologi diod pemancar cahaya (LED) Dominant Opto Technologies Sdn. Bhd. beroperasi di negeri ini merekodkan permintaan tinggi daripada pengeluar kenderaan terkemuka dunia.

EXCO Pelaburan negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, syarikat itu berada di tangga keempat sebagai pembekal lampu LED untuk kenderaan mewah.

Ab Rauf berkata, jenama kenderaan terkemuka dunia iaitu BMW X Series antara kenderaan yang akan menggunakan teknologi LED dikeluarkan syarikat berkenaan.

Katanya, syarikat milik anak jati Melaka yang mengharumkan nama negara itu akan terus berkembang .

“Perancangan awal tahun ini Dominant Opto Technologies akan melabur dalam jumlah besar di Melaka membabitkan nilai RM1.3 bilion

“Kita harap dengan permulaan di Melaka Dominant Opto Technologies, mampu menjadi pelopor teknologi pembuatan LED dan terus berkembang,” katanya katanya pada sidang media selepas lawatan kerja ke syarikat itu, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Dominant Opto Techniologies Sdn. Bhd., Tay Kheng Chiong.

Sementara itu, Kheng Chiong berkata, operasi syarikat disokong 2,126 pekerja tempatan dan 404 warga negara asing menyasarkan peningkatan 20 peratus hasil perniagaannya dalam sektor terbabit setiap tahun.

Beliau berkata, setakat ini seramai 120 pengkaji tebabit dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) membabitkan aspek rekabentuk serta pengubahsuaian agar produk dihasilkan mampu bersaing di peringkat dunia.

“Kita membawa nama Melaka dan Malaysia yang kini berada di tempat keempat dunia sebagai pembekal kepada kenderaan berteknologi tinggi selepas Jerman di tangga pertama diikuti Jepun dan Amerika Syarikat.

“Jadi kita berharap kapasiti produk akan ditingkatkan lagi, malah kita akan membina sebuah lagi bangunan kilang yang baharu setinggi 10 tingkat bagi mengembangkan lagi industri berteknologi ini di Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2631
Kongsi :
Previous post Kes COVID-19 meningkat, pengumuman penting petang ini – Khairy
Next post Jamiyah DMDI Singapura ceriakan anak Melaka
Ubah saiz-+=