
Dos ketiga berkesan beri perlindungan terhadap varian Delta – Pfizer
WASHINGTON 29 Julai – Syarikat biofarmaseutikal Amerika Pfizer pada Rabu menyatakan dos ketiga vaksin COVID-19 lebih berkesan meningkatkan tahap perlindungan antibodi terhadap varian Delta.
Tahap antibodi terhadap varian Delta pada individu berusia 18 hingga 55 tahun yang menerima dos ketiga vaksin Pfizer/BioNTech lima kali ganda lebih tinggi berbanding suntikan dos kedua, lapor Xinhua memetik data pada sidang video syarikat berkenaan.
Dalam kalangan individu berusia 65 hingga 85 tahun, data Pfizer menunjukkan bahawa tahap antibodi terhadap varian Delta selepas menerima dos ketiga, 11 kali ganda lebih tinggi berbanding dos kedua.
“Pfizer menjangkakan permohonan kebenaran penggunaan kecemasan untuk dos ketiga vaksinnya dibuat seawal bulan depan,” kata ketua penyelidikan, pembangunan dan perubatan Pfizer global Mikael Dolsten, memetik CNN.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TAUGE MACHAP BARU TEMBUSI PASARAN SINGAPURA
MACHAP JAYA 15 Mei - Tauge dengan kerangupan dan rasa manis apabila dikunyah sememangnya menjadi pilihan penggemar sayuran tersebut. Di...
LEBIH 20,000 RUMAH MAMPU MILIK SIAP DIBINA DI MELAKA
AYER KEROH 15 Mei - Sebanyak 20,192 unit Rumah Mampu Milik (RMM) sudah siap dibina oleh Lembaga Perumahan Melaka (LPM)...
DEWAN ‘RAJA SEHARI’ PALING BERBALOI DI AYER KEROH
AYER KEROH 15 Mei – Bakal pengantin yang ingin melangsungkan perkahwinan di lokasi eksklusif dengan pelbagai fasiliti lengkap wajar mempertimbangkan...
KARNIVAL HEBADS 2026 CETUS GENERASI BERANI KATAKAN TIDAK KEPADA BULI, DADAH
MASJID TANAH 15 Mei - Karnival Hentikan Buli, Anti Dadah, Rokok/Vape dan Jenayah Seksual (HeBADS) Peringkat Negeri Melaka 2026 menjadi...
MAIM REKOD 41 INDIVIDU PELUK ISLAM DI MELAKA TAHUN INI
BUKIT KATIL 15 Mei - Seramai 41 saudara baharu telah direkod memeluk Islam dan berdaftar di bawah Majlis Agama Islam...
WARGA EMAS TERLANTAR TERHARU DISANTUNI MAIM
AYER MOLEK 14 Mei - Kehidupan seorang warga emas yang terlantar akibat angin ahmar menjadi antara lembaran kisah yang membuktikan...
