D’Parawood, Kombo RAMD juara Battle of the Band Tentera Darat 2023

Masa Membaca:1 Minit, 36 Saat

AYER KEROH 25 Jun – Kumpulan D’Parawood daripada 10 Briged Para dinobatkan sebagai juara bagi kategori formasi dan memenangi lagu terbaik patriotik pada pertandingan Battle of the Band Tentera Darat (TD) 2023.

Pasukan itu membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM3,500, hadiah iringan tajaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta piala pusingan s

Bagi kategori Jabatan Arah dan Kor, Kombo Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) merangkul juara dengan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM3,000, hadiah iringan tajaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta piala pusingan.

Naib johan ategori formasi dimenangi Stallion Quatro dari 4 Divisyen yang membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 serta hadiah iringan manakala tempat ketiga diraih N’ Separang daripada 5 Divisyen yang membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500 serta hadiah iringan.

Manakala naib johan kategori Jabatan Arah dan Kor dimenangi oleh D’Electras daripada Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja (KJLJD) manakala tempat ketiga dimenangi D’Semanggos daripada Kor Perkhidmatan Diraja (KPD).

IMG_8598
ANTARA kumpulan peserta yang menyertai pertandingan akhir Battle of the Band TD 2023.

Semua hadiah pemenang disampaikan Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman pada pertandingan akhir di Dataran Ayer Keroh, di sini malam tadi.

Pertandingan berkonsepkan kugiran itu turut disertai dua lagi pasukan iaitu The Thunder daripada 3 Divisyen dalam kategori formasi dan Kombo Rejimen Renjer Diraja (RRD) bagi kategori Jabatan Kor dan Arah.

Semua pasukan yang berentap pada pertandingan akhir itu dikehendaki menyampaikan dua buah lagu berkonsepkan patriotik yang dicipta dan digubah sendiri serta satu lagi lagu parodi yang dipersembahkan mengikut kreativiti masing-masing.

Battle of the Band TD 2023 yang memasuki kali keempat penganjurannya adalah sempena Hari TD yang disambut pada 1 Mac setiap tahun dan bertujuan  mencungkil bakat baharu dalam penciptaan lagu selain meningkatkan kualiti bidang muzik dalam kalangan warga Tentera Darat Malaysia (TDM).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1087
Kongsi :
Previous post Ahli majlis perlu efektif selesai masalah rakyat – Exco
Next post ‘Lamborghini’ hitam RM2,000
Ubah saiz-+=