Dr. Massila dinobat Tokoh Akademik UTeM 2022

Masa Membaca:1 Minit, 36 Saat

AYER KEROH 3 November – Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Prof. Datuk Ts. Dr. Massila Kamalrudin, dinobatkan sebagai Tokoh Akademik Universiti bagi tahun 2022.

Menurut kenyataan dikeluarkan UTeM penganugerahan itu, sekali gus melayakkan beliau menerima sebuah trofi, sijil dan wang tunai RM8,000.

Anugerah utama sempena Anugerah Akademik Universiti (AAU) UTeM 2022 itu disampaikan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mohammad Yusof Apdal, baru-baru ini.

Dr. Massila, merupakan seorang penyelidik aktif yang pernah mengetuai kumpulan penyelidik produktif dalam penyelidikan inovasi berimpak tinggi yang telah berjaya meraih pingat emas, pengkomersialan produk dan keusahawanan.

Usaha menggunakan pelbagai dana dari dalam dan luar negara itu turut menjana pendapatan kepada universiti melalui aktiviti perundingan.

“Sehingga tahun 2022, beliau telah meraih 11 anugerah peringkat kebangsaan dan antarabangsa, mendapat 52 sanjungan di peringkat kebangsaan selain antarabangsa kerana sering dijemput sebagai ‘Keynote’ serta ‘Invited speaker’.

“Sementara itu daripada aspek kepimpinan dan pengurusan dinamik yang efektif pula, sentuhan beliau menerusi Pelan Strategik UTeM 2023–2025 telah berjaya menjajar universiti untuk melonjak ke hadapan dalam masa yang singkat bersaing hebat di dalam dan luar negara, seterusnya meletakkan ‘visibility’ UTeM dalam senarai ‘QS World Rankings’ tahun 2023,” kata kenyataan itu.

Terkenal sebagai srikandi agenda Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Wanita negara dan merupakan pencetus kepada Program TVET Wanita (JELITA) dan pada masa yang sama beliau turut berjaya merapatkan hubungan UTeM dengan Kerajaan Negeri Melaka menerusi pelbagai usaha termasuk cetusan idea sehingga penubuhan Pusat Kolaborasi RICE

Pada masa yang sama beliau turut menerima Anugerah Penerbitan Buku Bidang Sains dan Teknologi dalam majlis AAU ini.

Majlis ini dijayakan oleh barisan urus setia yang dipengerusikan secara bersama oleh Dekan Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK), Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Sanusi Azmi, Pengarah Pusat Kecemerlangan dan Kesarjanaan Akademik (CAES), Prof. Madya Dr. Mohd Shakir Md Saat dan juga mantan Pengarah Pejabat Komunikasi Korporat dan Perhubungan Canselori, Datin Wira Ts. Nurazlina Md Sanusi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1492
Kongsi :
Previous post Angkara pasang muzik kuat, warga Myanmar dikelar rakan senegara
Next post Remaja lahir 2007 dipilih sertai PLKN 3.0 – Mindef
Ubah saiz-+=