
Dua ADUN tunai haji, tidak hadir Sidang DUN
AYER KEROH 25 Julai- Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tidak hadir ke Persidangan Ketiga, Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri Melaka Ke 15, yang bermula hari ini.
ADUN terbabit adalah Datuk Rais Yasin dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput dan Datuk Zaidi Attan dari DUN Serkam.
Kedua-dua Yang Berhormat berkenaan menjalani ibadah haji dan belum pulang ke tanah air.
Terdahulu, Speaker DUN Datuk Wira Ibrahim Durum dalam ucapan pembukaan memaklumkan terdapat 13 usul diterima bagaimanapun hanya dua sahaja akan dibentangkan.
Selain itu, sebanyak 103 pertanyaan lisan dan 94 pertanyaan bertulis akan dibentangkan selama tiga hari persidangan berlangsung yang akan berakhir pada Rabu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA PERUNTUK RM45 JUTA PERKASA SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM
BANDA HILIR 2 Julai - Kerajaan Negeri memperuntukkan lebih RM45 juta bagi memperkasa pendidikan Islam melibatkan sekolah agama, Tadika Jabatan...
WRUR SERKAM: MPJ BINA LIMA KEDIAMAN BAHARU, BAIK PULIH 47 RUMAH
SERKAM 2 Julai - Lima keluarga sebelum ini tinggal di rumah dalam keadaan daif di Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam...
MELAKA AKAN KAJI SEMULA GAJI GURU KAFA, BELA KEBAJIKAN PENDIDIK JAIM
BANDA HILIR 2 Julai - Kerajaan Negeri akan terus memberi keutamaan terhadap kebajikan pendidik Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) termasuk...
MAIM GUBAL GARIS PANDUAN, WAJIBKAN PENDAFTARAN OPERATOR VAN JENAZAH
BANDA HILIR 2 Julai - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menggubal garis panduan khusus termasuk mewajibkan pendaftaran pengusaha atau...
21 KELAS BIMBINGAN MAIM PERKASA KEFAHAMAN MUALAF MELAKA
BUKIT KATIL 2 Julai - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus komited memperkukuh kefahaman dan penghayatan Islam dalam kalangan mualaf...
JIWA RAKYAT TOK AJAK
TELOK MAS 2 Julai - Di sebalik senyuman mesra dan sikap mudah didekati yang sering menjadi perhatian penduduk Telok Mas,...
