
Dua beradik antara ditahan jadi ‘saintis’ dadah
IPOH, 7 Julai – Enam individu termasuk dua beradik ditahan disyaki menjadikan sebuah premis di Jelapang di sini sebagai makmal memproses dadah, dalam serbuan pada Rabu lepas.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata kesemua lelaki berusia lingkungan 32 hingga 57 tahun itu ditahan pada 3 pagi oleh sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak.
“Hasil pemeriksaan diΒ premis ituΒ menemukanΒ dadah jenis Methamphetamine seberat 155 gram,Β heroin dianggarΒ seberat 52.3 gram serta cecair disyaki Methamphetamine dianggarΒ sejumlah 47.5 liter, kesemuanya dianggarΒ berjumlah RM672,649,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata polisΒ turut merampas sejumlahΒ bahan kimia dan peralatan yang disyaki digunakan untuk memproses dadah, sebuah lori sertaΒ empatΒ motosikal yang dianggarΒ bernilai RM76,000.
Katanya hasil saringan air kencing mendapati kesemua mereka positif terhadap dadah jenis Methamphetamine dan morfin selain memilikiΒ rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah dan dadah.
Menurut Mohd Yusri sindiket tersebut mula aktif dalam aktiviti memproses dadah sejak awal tahun ini manakala dadah berkenaanΒ mampuΒ digunakanΒ kira-kira 180,000 penagih di sekitar negeri ini.
Beliau berkata kesemuanya direman hingga Selasa depan bagi siasatan lanjut mengikutΒ Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.


