
Dua beradik rentung dalam kebakaran di Gombak – Bomba
KUALA LUMPUR, 2 Januari – Dua beradik ditemukan rentung dalam kebakaran di sebuah rumah teres di Jalan Dewan Simpang Tiga, Gombak, awal pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata mangsa yang maut adalah Nur Syaza Alfisya Muhammad Faizan, 9, dan adik lelakinya berusia enam tahun Muhammad Al Qayyum Muhammad Faizan.
Beliau berkata bomba menerima panggilan kecemasan pada 3.54 pagi dan 22 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang dan Rawang serta Pasukan Bomba Sukarela Gombak telah diarahkan ke lokasi kejadian.
“Mangsa ditemukan rentung di sebuah bilik dan dipercayai terperangkap ketika kejadian berdasarkan keadaan mayat. Kebakaran itu melibatkan kemusnahan dianggarkan kira-kira 70 peratus daripada keseluruhan rumah dan kedua-dua mangsa dibawa keluar pada 4.43 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Norazam berkata ketika kejadian, ibu bapa mangsa tidak berada di rumah dan pintu rumah telah dikunci.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BERBEZA PARTI BUKAN ALASAN PUTUS SILATURAHIM – ALONG
ASAHAN 31 Oktober – Perbezaan fahaman politik sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 tidak seharusnya menjejaskan hubungan silaturahim dalam...
PRN MELAKA: CALON TERTUA BERUSIA 66 TAHUN
AYER KEROH 31 Oktober - Mohamad Jaafar yang mewakili Pakatan Harapan (PH) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas...
PRN MELAKA: PENGALAMAN POLITIK ASET RIDHWAN PIMPIN AYER MOLEK – JOHARI
AYER MOLEK 31 Oktober - Pengalaman luas dalam arena politik serta rekod kepimpinan yang dimiliki calon Barisan Nasional (BN) bagi...
PRN MELAKA: BN TOLAK ‘GUTTER POLITIC’ DI SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG 31 Oktober - Barisan Nasional (BN) menolak amalan politik hasutan, fitnah dan kebencian sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri...
MELAKA PERLUAS PELANCONGAN DESA, BUKA PELUANG PENDAPATAN PENDUDUK
AYER LIMAU 31 Oktober – Kerajaan Negeri Melaka giat memperluaskan pembangunan pelancongan luar bandar bagi memastikan manfaat ekonomi sektor berkenaan...
PRN MELAKA: CALON TERMUDA BERUSIA 24 TAHUN
AYER KEROH 31 Oktober - Berusia 24 tahun, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah muncul sebagai calon termuda yang bertanding pada Pilihan...
