
Dua beranak rentung kebakaran di Kampung Cherana Putih
ALOR GAJAH 8 Julai – Dua beranak yang maut terperangkap dalam kebakaran di sebuah rumah di Kampung Cherana Putih, di sini awal pagi tadi ditemukan rentung di dua lokasi berasingan.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, mangsa, Allahudin Abd Hamid, 51 ditemukan dalam bilik air manakala anak lelakinya berusia lima tahun, Mohamad Badrul ditemukan di bilik utama kediaman berkenaan.
“Keadaan tubuh kedua-dua mangsa dilihat terbakar keseluruhan badan dan mayat dua beranak itu dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi.

Mengulas lanjut beliau berkata maklumat daripada saudara mangsa mendapati dua beranak itu memang tinggal bersama manakala isterinya tinggal berasingan.
Katanya, siasatan di lokasi kejadian turut disertai Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka dan Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri.
“Punca kebakaran serta kematian masih dalam siasatan. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA SIAPKAN LIMA JALAN BAHARU SEPANJANG TIGA TAHUN UNTUK KESELESAAN RAKYAT
RIM 13 Februari – Kerajaan Negeri berjaya melaksanakan lebih lima projek jalan baharu dalam tempoh tiga tahun khususnya melibatkan laluan...
JALAN BAHARU JIMATKAN MASA PEMANDUAN, RANCAKKAN EKONOMI SETEMPAT
RIM 13 Februari – Pembukaan jalan baharu sepanjang 3.45 kilometer dari Persimpangan Rim ke Persimpangan Kampung Ulu Jasin bukan sahaja...
PENIAGA DIINGATKAN SUPAYA PATUH SHMMP
ALOR GAJAH 13 Februari - Kerajaan Negeri tidak akan berkompromi terhadap mana-mana peniaga yang dikesan gagal mematuhi Skim Harga Maksimum...
ADUAN RAKYAT PAYA RUMPUT DIKATEGORIKAN IKUT KEUTAMAAN – RAIS
PAYA RUMPUT 13 Februari – Semua aduan yang diterima pada Hari Aduan Rakyat akan dikategorikan mengikut keutamaan dan tempoh pelaksanaan...
SERONOK LAYAN RAGAM GAJAH BETINA ZOO MELAKA
AYER KEROH 13 Februari - Ada yang manja, ada yang degil tidak kurang ada juga yang kuat sentap. Itu antara...
JANTUNG BERDEBAR TANPA SEBAB? INI MUNGKIN ARITMIA
Oleh: Dr. Hartini Mohd Yusof Pakar Perubatan Dalaman, Jantung & Eletrofisiologi Oriental Melaka Straits Medical Centre “KETIKA sedang duduk berehat...
