Dua kluster libatkan tempat kerja direkodkan

Masa Membaca:1 Minit, 42 Saat

AYER KEROH 22 Ogos – Terdapat dua kluster membabitkan penularan dari tempat kerja di Alor Gajah dan Jasin direkodkan hari ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataannya melaporkan Kluster Jalan Perindustrian Rembia Satu direkodkan di Kawasan Perindustrian Rembia membabitkan penularan dalam kelangan pekerja kilang.

Jelasnya, kes indeks yang berlaku itu membabitkan lelaki warganegara Nepal berusia 37 telah dilaporkan positif COVID-19 pada 19 Ogos lalu hasil saringan individu bergejala dan kes mula bergejala sejak 15 Ogos lepas.

Setakat ini, 16 kes baharu direkodkan dan sebanyak 30 kes keseluruhan dilaporkan selepas 131 individu menjalani ujian saringan COVID-19.

“Selain itu, Kluster Industri Sawit Jalan Rim direkodkan di Jasin mendapati selepas kes indeks penularan terbabit daripada lelaki Indonesia berusia 37 tahun telah dilaporkan positif pada 30 Julai lalu selepas saringan dijalankan sebelum pulang ke negara asal

“Setakat ini, 51 individu telah menjalani ujian saringan dan merekodkan 21 kes baharu daripada 38 jumlah kes keseluruhan kluster berkenaan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Jabatan Kesihatan negeri berkata dalam kenyataanya, negeri ini turut merekodkan peningkatan kes positif baharu dicatatkan dengan angka sebanyak 396 kes dilaporkan.

Jelasnya, dari jumlah terbabit 390 individu yang positif merupakan warganegara manakala lima individu dari kes import B dan satu kes dalam kalangan banduan.

Ujarnya, saringan bergejala orang ramai adalah faktor tertinggi dalam penularan terbabit apabila sebanyak 161 kes dicatatkan hari ini diikuti penularan dari kontak rapat keluarga sebanyak 98 kes.

Manakala, 90 kes merupakan daripada kluster kilang diikuti 17 kes lagi daripada tempat kerja bukan kilang dan satu kes dari institusi penjara.

Jabatan itu turut melaporkan sebanyak tiga kematian direkodkan di Melaka Tengah membabitkan seorang wanita warga emas dan dua lelaki golongan berusia di mana keduanya mempunyai latar belakang penyakit kronik.

Selain itu, sebanyak 331 kes sembuh telah direkodkan hari ini.

“Sehingga kini sebanyak 8,709 kes masih dirawat di hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) awam dan swasta.

“Daripada jumlah itu, 85 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 24 memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

529
Kongsi :
Previous post Tak tahan bunyi bising, anak mengamuk tikam bapa
Next post 41.6 peratus populasi Malaysia lengkap dua dos vaksin – JKAV
Ubah saiz-+=