Duyong Volunteers: Daripada masyarakat kepada masyarakat

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

DUYONG 17 November – Penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong dialu-alukan untuk bersama-sama menabur bakti kepada masyarakat dengan menyertai sukarelawan ‘Duyong Volunteers’.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata, entiti itu terbuka kepada semua peringkat usia, agama, bangsa dan tidak berpaksikan kepada mana-mana parti politik.

Mengulas lanjut, Mohd Noor Helmy berkata inisiatif ‘Duyong Volunteers’ dilaksanakan berikutan beliau sebelum ini kerap dihubungi individu dan pihak berkenaan yang mahu bersama-sama aktif dalam aktiviti kemasyarakatan di DUN itu.

“Kebiasaannya saya yang kerap dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp atau ‘messanger’ di laman sosial, memang ramai orang Duyong yang mahu bersama-sama turut serta dalam aktiviti kemasyarakatan.

“Namun ada juga orang luar dari Duyong, namun fokus saya ketika ini kepada mereka tinggal sekitar DUN ini terlebih dahulu,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Negeri berkata, pihaknya tidak meletakkan sasaran jumlah sukarelawan mahu aktif bersama ‘Duyong Volunteers’.

Jelas beliau, individu atau pihak berkenaan memilih menjadi sukarelawan kerana tidak mahu terikat dengan politik, persatuan atau pertubuhan.

“Jadi kita tubuh entiti yang bergerak khusus untuk menyumbang semula khidmat kepada masyarakat. Saya harap kewujudan ‘Duyong Volunteers’ ini dapat memberi manfaat yang berguna kepada warga sekitar Duyong khususnya,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3539
Kongsi :
Previous post Insiden bilik jana kuasa, ibu tahu anak melecur dari kumpulan Whatsapp
Next post PRK Parlimen Kemaman bermula hari ini
Ubah saiz-+=