
Ejen kosmetik diculik sekumpulan lelaki berjaya diselamatkan
KUALA LUMPUR, 29 Sept – Seorang ejen jualan produk kosmetik, Rosnazirah Mohd Naim, yang diculik oleh sekumpulan lelaki di rumahnya di Tumpat, Kelantan, pada 13 Sept lepas berjaya diselamatkan dan dibawa pulang ke tanah air hari ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, dalam kenyataan malam ini, berkata mangsa berusia 36 tahun itu diselamatkan melalui kerjasama dan perkongsian maklumat dan perisikan antara PDRM dengan Polis Diraja Thailand yang berjaya mengesan lokasi keberadaan mangsa di negara itu.
Beliau berkata PDRM menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Polis Diraja Thailand dan Kedutaan Malaysia di negara berkenaan atas kerjasama dan bantuan dalam usaha menyelamatkan mangsa.
Menurutnya, tujuh lelaki tempatan ditahan di sekitar Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur bagi membantu siasatan kes berkenaan dan mereka disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Culik 1961.
Acryl Sani berkata sebuah kenderaan yang dipercayai digunakan untuk menculik mangsa turut dirampas.
Dalam kejadian 13 Sept lepas, mangsa diculik oleh beberapa lelaki dari rumahnya di Kampung Semat Jal, Tumpat pada jam 5.10 petang.
Mangsa disyaki dilarikan ke negara jiran melalui pangkalan haram di Kuala Jambu, Tumpat ekoran penemuan kereta yang digunakan suspek. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
46 PARIT DI SUNGAI RAMBAI PERLU DISELENGGARA KERAP, ELAK BANJIR BERULANG
SUNGAI RAMBAI 2 Januari - Masalah sistem perparitan yang tidak diselenggara secara berkala dikenal pasti antara faktor utama menyumbang kepada...
INSIDEN HELIKOPTER: DUA KRU CEDERA DIPINDAHKAN KE LUMUT
PENGKALAN BATU 2 Januari - Dua kru udara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang cedera selepas terbabit dalam insiden helikopter...
MELAKA DESTINASI UTAMA PELANCONGAN PERUBATAN, JADI PILIHAN PASARAN INDONESIA
KOTA LAKSAMANA 2 Januari - Melaka menjadi antara destinasi utama pelancongan perubatan negara, khususnya bagi pasaran Indonesia yang dikenal pasti...
SUNGAI RAMBAI DAPAT KLINIK KESIHATAN BAHARU
SUNGAI RAMBAI 2 Disember – Penduduk Sungai Rambai bakal menikmati kemudahan kesihatan lebih selesa dan lengkap apabila sebuah klinik kesihatan...
KEUNIKAN MAKANAN, SUASANA DI MELAKA BIKIN PELANCONG INDONESIA ‘JATUH HATI’
BANDARAYA MELAKA 2 Januari – Melaka terus menjadi tumpuan pelancong luar negara apabila ramai pelawat dari Indonesia memilih negeri bersejarah...
MELAKA SEMAKIN DEKAT DI HATI FAN BINGBING, TERUS CIPTA MEMORI INDAH
KLEBANG 1 Januari - Bintang filem antarabangsa dari China, Datuk Fan Bingbing menyatakan rasa gembira dan teruja dapat menyambut Tahun...


