SK Rumbia ‘pakar robot’ Melaka

Masa Membaca:2 Minit, 6 Saat

PANTAI KUNDOR 30 September – Sekolah Kebangsaan (SK) Rumbia Alor Gajah merangkul kemenangan berganda pada Melaka Robotic Challenge 2022 apabila muncul johan bagi dua kategori sekolah rendah iaitu ‘Autonomous Sumo’ dan ‘Tug of War’.

Kemenangan itu sekali gus melayakkan murid Darjah 6 sekolah itu membawa pulang piala, pingat emas, wang tunai RM200 bagi setiap kategori beserta sijil.

Mentor pasukan, Kamal Safian Abd karim berkata dia tidak menyangka sekolahnya merangkul dua kemenangan itu sekali gus membuktikan kebijaksanaan muridnya dalam bidang robotik.

“Kami mengambil masa sebulan untuk menghasilkan robot ini kerana perlu mencari reka bentuk yang benar-benar sempurna.

IMG-20220929-WA0014
ANTARA robot yang dihasilkan peserta.

“Sebenarnya robot kami banyak kelemahan berbanding pasukan lain, tetapi kebijaksanaan anak murid bermain serta strategi mereka menjadikan kami johan.

“Tidak dinafikan pertarungan sangat sengit kerana semua pasukan yang masuk hebat-hebat, tetapi sudah rezeki kami untuk menang tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas pertandingan Melaka Robotic Challenge 2022 di di Dewan Utama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Gelam, di sini, semalam.

Pada pertandingan itu juga, SMK Dato’ Dol Said turut dinobatkan johan bagi kategori ‘Robot Soccer’.

IMG-20220929-WA0016
SMK Dato Dol Said merangkul johan kategori Robot Soccer.

Mentornya, Hasratul Amir Abdul Razak berkata, pihaknya menghantar dua pasukan yang digelar ‘Dsaidians’ pada kejohanan itu dan nyata tuah memihak mereka apabila salah satu pasukan berjaya muncul johan.

“Alhamdulillah kedua-dua pasukan yang dihantar pada pertandingan ini cemerlang dengan meraih tempat ketiga dan johan.

“Kami membelanjakan kira-kira RM2,000 untuk menghasilkan sebuah robot memandangkan ia memerlukan banyak kajian terperinci dan alhamdulillah ia berbaloi.

“Apapun, kejayaan ini tidak akan diraih tanpa usaha keras pelajar Tingkatan 3 kami yang rajin mengikuti latihan dan program mengenai robotik,” katanya.

IMG-20220929-WA0015
ANTARA aksi Melaka Robotic Challenge 2022.

Untuk rekod, Melaka Robotic Challenge 2022 yang dianjurkan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka disertai 45 buah sekolah seluruh negeri.

Objektif pertandingan itu ialah untuk mendedahkan murid dan pelajar dengan pemikiran logik dan sistematik ilmu pengaturcaraan dan pembinaan robot, selain memperkukuhkan ideologi dalam bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

 

Senarai Pemenang: 

**Autonomous Sumo Sekolah Menengah:-

Johan: SMK Malim

 

**Autonomous Sumo Sekolah Rendah:-

Johan: SK Rumbia

 

**Tug Of War Sekolah Menengah:-

Johan: SMK Kampung Gelam

 

**Tug Of War Sekolah Rendah:-

Johan: SK Rumbia

 

**Robot Soccer:-

Johan: SMK Dato’ Dol Said

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

5309
Kongsi :
Previous post Ejen kosmetik diculik sekumpulan lelaki berjaya diselamatkan
Next post Bajet 2023 tumpuan Dewan Rakyat kali ini
Ubah saiz-+=