
Elaun warden asrama dinaikkan selepas 25 tahun tidak disemak
KUALA LUMPUR, 24 Jun – Setelah hampir 25 tahun kadar elaun warden sekolah berasrama di bawah selian Kementerian Pendidikan tidak disemak, hari ini kerajaan umum elaun tersebut dinaikkan sebanyak 25 peratus.
Menteri Pendidikan Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata berkuat kuasa 1 Ogos, kadar baharu kepada ketua warden dinaikkan kepada RM350 sebulan, manakala bagi warden adalah sebanyak RM300 sebulan.
“Untuk makluman, kali terakhir kadar elaun warden asrama disemak adalah pada 1997,” kata Mohd Radzi menerusi video pengumuman yang dimuat naik di laman Facebook rasminya.
Selain itu, Mohd Radzi berkata seramai 3,813 warden baharu akan dilantik di 1,874 sekolah berasrama di bawah kementeriannya, dalam usaha memperkasakan portfolio mereka.
Katanya, peningkatan jumlah warden asrama sebanyak 63 peratus iaitu daripada 6,055 orang kepada 9,868 orang itu, akan membolehkan penggiliran tugas warden dapat dilaksanakan di semua sekolah berasrama KPM.
Tambahnya, kedua-dua penambahbaikan ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak hampir RM19 juta. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
10 MUALAF MAIM SEDANG DIUJI TERIMA ZAKAT WAKALAH RM5,000
PANTAI KUNDOR 14 September - Berdepan masalah kesihatan selain perlu menyara tanggungan keluarga, 10 asnaf mualaf menerima sumbangan zakat wakalah...
SAYANG ANAK DATANG DARI HATI, BUKAN PERANTI – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 14 September - Ibu bapa diingatkan supaya tidak menyerahkan tanggungjawab mendidik dan membentuk sahsiah anak-anak kepada peranti teknologi,...
15 TAHUN SURAT ‘SESAT’ KE RUMAH JIRAN, KAMPUNG DIGITAL AKHIRI KEKELIRUAN ALAMAT
TANJUNG BIDARA 14 September - Lebih 15 tahun surat dialamatkan kepada keluarganya sering tersalah hantar ke rumah jiran yang terletak...
USIA BUKAN HALANGAN, ‘TOK RAUF’ TERUS BERJUANG UNTUK RAKYAT
TANJUNG BIDARA 14 September - Meniti usia yang bakal mencecah 65 tahun bukan alasan buat Ketua Menteri Datuk Seri Utama...
MELAKA ANGKAT ILMU FALAK SEBAGAI AGENDA TVET
TANJUNG BIDARA 14 September - Kerajaan Negeri mengangkat ilmu Falak sebagai antara silibus dan elemen dalam agenda Pendidikan dan Latihan...
MASYARAKAT DI HATI MPAG, SANTUNI ORANG KAMPUNG LONDANG
TANJONG BIDARA 14 September - Program Masyarakat Di Hati MPAG diteruskan bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Parlimen Masjid...
