‘Elevated U-Turn’ atasi kesesakan jalan raya

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

SERI NEGERI 6 Mac – Cadangan membina ‘Elevated U-Turn’ atau ‘Direct U-Turn’ mampu mengatasi kesesakan di beberapa laluan utama di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, cadangan itu merupakan antara pelan jangka masa panjang Kerajaan Negeri untuk mengatasi permasalahan itu selepas inisiatif ‘No Right Turn’ dilaksanakan sejak September tahun lalu.

Jelasnya, satu permohonan telah dilaksanakan kepada Kerajaan Persekutuan melalui permohonan projek pembangunan untuk Rancangan Malaysia ke-12 menerusi Rolling Plan ke-5 (RP5).

“Bagi mengatasi masalah kesesakan laluan utama untuk jangka masa panjang pula, Kerajaan Negeri telah mengemukakan permohonan untuk membina ‘Elevated U-Turn’ atau ‘Direct U-Turn’ di beberapa kawasan di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ), Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA) dan Lebuh Ayer Keroh kepada Kerajaan Persekutuan dengan keseluruhan kos berjumlah RM559 juta.

“Bagi mengatasi isu kesesakan laluan utama khususnya pada waktu puncak, Kerajaan Negeri telah melaksanakan inisiatif ‘No Right Turn’ sejak September 2023 secara berperingkat.

“Ia bermula di Persimpangan Stadium Hang Jebat di lebuh SPA, diteruskan di Persimpangan Melaka Mall, Persimpangan Kandang-Sungai Duyong dan Persimpangan Petronas Ayer Keroh,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan Usul Terima Kasih Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka pada Persidangan Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas di Dewan Undangan Negeri, di sini, hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

606
Kongsi :
Previous post Melaka teruskan misi tarik pelabur luar negara
Next post ‘Melaka Industrial Booster’ mudahkan urusan pelabur
Ubah saiz-+=