Ella bikin gamat sambutan Aidilfitri Kumpulan Syarikat KLIP

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

AYER KEROH 15 Mei – Majlis sambutan Aidilfitri yang diadakan di sebuah hotel, di sini, bertukar menjadi ala-ala mini konsert dengan kehadiran ratu rock tanah air, Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin.

Kemeriahan itu dirasai pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kumpulan Syarikat Kuala Linggi International Port (KLIP) 2023, hari ini.

Ella bukan sahaja menghiburkan tetamu dengan tiga buah lagu berjudul Dua Insan Bercinta, Standing In The Eyes Of The World dan Sepi Sekuntum Mawar Merah, bahkan turut mengajak tetamu untuk sama menyanyi lagu popularnya.

Lebih istimewa, majlis itu turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam yang tiba kira-kira jam 1.15 petang diiringi Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Zaidi Johari; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman dan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer.

Yang turut hadir Pengerusi Kumpulan Syarikat KLIP, Tun Seri Utama Dr. Mohd Khalil Yaakob; Pengerusi Eksekutif Kumpulan Syarikat KLIP Tan Sri Noormustafa Kamal Yahya dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat KLIP, Datuk Hishammudin Hasan.

photo1684137914
TETAMU terhibur menyaksikan persembahan Ella. Foto Iqmal Haqim Rosman

Majlis itu dihadiri kira-kira 500 jemputan daripada pelbagai bangsa.

Pelbagai juadah Aidilfitri disediakan untuk tetamu yang hadir menjamu selera.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1602
Kongsi :
Previous post Pengusaha guna sumber air perlu ada lesen – BKSA
Next post Wings Air mendarat di LTAM, tawar penerbangan Melaka-Pekanbaru
Ubah saiz-+=