Wings Air mendarat di LTAM, tawar penerbangan Melaka-Pekanbaru

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

BATU BERENDAM 15 Mei – Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) kembali meriah menerima kehadiran pelancong dari Pekanbaru, Indonesia menerusi penerbangan pertama pesawat Wings Air, hari ini.

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, Wings Air telah memperkenalkan laluan penerbangan daripada Melaka ke Pekanbaru melalui LTAM setiap hari bermula hari ini.

Katanya, Wings Air akan menggunakan pesawat ATR-72 dengan kapasiti penumpang sehingga 70 orang dalam satu masa.

“Ini merupakan berita baik bagi semua rakyat Melaka mahupun rakyat Johor dan Negeri Sembilan untuk menggunakan perkhidmatan ini dengan tawaran harga bermula RM235 sehala bagi penerbangan ke Pekanbaru, Indonesia.

“Pembukaan laluan ini sekali gus dapat merancakkan lagi sektor pelancongan perubatan di Melaka seterusnya mempromosikan Melaka sebagau sebuah destinasi pelancongan utama,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Sambutan Penerbangan Pertama Pesawat Wings Air ke Melaka 2023 di LTAM, di sini hari ini.

Hadir sama, Exco Kerja Raya Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer dan Timbalan Exco Pelancongan, Seni, Warisan dan Budaya negeri, Datuk Zaidi Attan.

photo1684143762
ABDUL Razak menyambut kehadiran pelancong dari Pekanbaru, Indonesia menerusi penerbangan pertama pesawat Wings Air ATR-72. Foto: MR. AZLI

Mengulas lanjut, Abdul Razak berkata seramai 60 penumpang dari Pekanbaru tiba di LTAM kira-kira jam 3.20 petang menerusi penerbangan pertama Wings Air itu.

“Daripada jumlah pengunjung ini kira-kira 85 peratus pelancong pengunjung berkunjung ke Melaka untuk membuat rawatan di hospital swasta yang ada di negeri ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3809
Kongsi :
Previous post Ella bikin gamat sambutan Aidilfitri Kumpulan Syarikat KLIP
Next post Pelawa hospital swasta promosi TMM2024, perkasa pelancongan kesihatan Melaka
Ubah saiz-+=