Empat alat AED dipasang di Seri Negeri, atasi serangan jantung

Masa Membaca:1 Minit, 47 Saat

SERI NEGERI 6 Julai – Sebanyak empat alat defibrilator luaran automatik (AED) dipasang di Kompleks Seri Negeri pada peringkat permulaan bagi tindakan pantas membantu orang awam atau kakitangan kerajaan jika terkena serangan jantung.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata langkah itu disambut baik oleh kerajaan negeri terhadap inisiatif Majlis Datuk-Datuk Negeri Melaka (MDDNM) yang juga merupakan pelopor kepada projek kemasyarakatan itu.

Katanya, beliau turut dimaklumkan pemasangan AED akan dipasang secara berperingkat di seluruh negeri Melaka terutama di kawasan tumpuan orang awam seperti di rumah-rumah ibadat, kawasan sukan dan rekreasi, kawasan pelancongan, hotel, dan perindustrian.

“Kerajaan Negeri Melaka sangat prihatin dan cakna dengan kesihatan rakyat selari dengan Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035 (PSMJ2035) di bawah Flagship 8 iaitu Melaka Sejahtera yang terkandung di bawahnya tentang kesihatan demi memacu ke arah kesihatan dan kesejahteraan rakyat Negeri Melaka.

“Dan turut dimaklumkan seramai 60 kakitangan di Kompleks Seri Negeri telah mendapat kursus khas untuk penggunaan alatan AED ini.

“Usaha ini wajar dicontohi kepada badan bukan kerajaan (NGO) lain untuk terlibat dalam merealisasikan tanggungjawab sosial,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Program Keselamatan dan Penyerahan AED kepada kerajaan negeri anjuran MDDNM di sini petang tadi.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Zaidi Johari dan EXCO Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani,Datuk Abdul Razak Abdul Rahman.

Sementara itu, Timbalan Presiden MDDNM Datuk Wira Ir Dr Ahmad Zaini Mohd Amin berkata menerusi MDDNM beliau mensasarkan pemasangan alat AED di seluruh Dewan JAPERUN di 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam negeri itu.

Katanya, lebih ramai orang awam akan diberikan kursus penggunaan alat AED tersebut sekiranya diletakkan di lokasi awam.

“Kita jangka untuk meletakkan kira-kira 2,000 alat AED di lokasi awam sekitar negeri Melaka dan akan melatih lebih ramai orang awam mengenai teknik-teknik penggunaan alatan ini sekirnya berlaku kecemasan melibatkan serangan jantung.

“Kita buka juga kepada mana-mana NGO sekiranya ingin memasang alatan AED ini di mana-mana premis dengan harga RM13,500 untuk satu alat dan harga itu termasuk dengan 10 tahun ‘warranty’ termasuk kos untuk mengajar orang awam,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1302
Kongsi :
Previous post Ucapan terakhir pesara guru sebelum maut ditikam anak kandung
Next post Yasin lega tuduhan edar dadah babitkan hukuman gantung ditarik balik
Ubah saiz-+=