
Empat anggota TUDM maut dalam kes tembakan di kem TUDM Kota Samarahan
KUCHING 13 Ogos – Empat anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut dalam kejadian tembakan di kem TUDM di Kota Samarahan di sini, pagi tadi.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata, buat masa ini pihaknya sedang menjalankan siasatan mengenai insiden itu.
“Ya berlaku, tetapi buat masa ini siasatan masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

TUDM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan berlaku satu insiden tembakan membabitkan empat warga TUDM pada jam 7.15 pagi tadi di Unit TUDM di Kota Samarahan, Kuching ketika waktu anggota bertugas.
“Pihak TUDM menggesa semua pihak agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi sehingga proses siasatan oleh polis selesai.
“TUDM akan menubuhkan satu Lembaga Penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian,” menurut kenyataan itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA PERKASA PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI
TABOH NANING 8 Mei - Aspek pendidikan dalam kalangan anak-anak masyarakat Orang Asli di Melaka sentiasa diberikan perhatian oleh Kerajaan...
NEK PEAH KONGSI KISAH HIDUP 102 TAHUN
ASAHAN 8 Mei - Meskipun sudah menginjak usia 102 tahun, warga emas tertua di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan, Peah...
JALAN BAHARU UBAH KEHIDUPAN PENDUDUK
MACHAP JAYA 8 Mei - Pembukaan jalan baharu menghubungkan Tebong ke Hutan Percha memberi impak besar kepada penduduk setempat apabila...
WRUR AYER MOLEK: JASA BEKAS GURU JAIM MASIH JADI SEBUTAN RAMAI
AYER MOLEK 8 Mei - Meskipun sudah bersara jasa bekas guru Sekolah Rendah Agama (SRA) JAIM tetap dikenang, bukan sahaja...
APEL.A UiTM BANDARAYA MELAKA BUKA PELUANG PEKERJA BERPENGALAMAN IKUTI PENGAJIAN MBA
BANDARAYA MELAKA 8 Mei - Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Bandaraya Melaka membuka peluang kepada pekerja berpengalaman untuk menyambung pengajian...
BALAI RAYA TAMAN SRI HILIR KEMBALI ‘BERNYAWA’
ASAHAN 6 Mei - Balai Raya Taman Sri Hilir kembali 'bernyawa' selepas melalui proses baik pulih dan kembali berfungsi sebagai...
