
EMPAT USAHA MELAKA PERKUKUH PENGELUARAN MAKANAN SENDIRI
SERI NEGERI 27 April – Kerajaan Negeri terus mempergiat usaha memperkukuh pengeluaran makanan sendiri supaya tidak terlalu bergantung kepada import.
Untuk itu, Ketua Menteri DatuK Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, sebanyak empat langkah penting dalam memastikan sumber bekalan makanan dalam negeri dimanfaatkan sepenuhnya.
Jelas beliau, perkara pertama adalah peruntukan RM6.42 juta di bawah Program Agromakanan Negara untuk 10 projek makanan, ternakan dan perikanan.
“Selain itu, RM2.08 juta diperuntukkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) untuk meningkatkan pengeluaran tempatan, selain RM1.2 juta diperuntukkan untuk sektor perikanan.
“Perkara terakhir adalah menigkatkan pengeluaran Beras Melaka, di mana untuk tempoh Januari hingga Mac 2026, FAMA Melaka telah mengedarkan 44 metrik tan Beras Melaka, dengan nilai jualan RM114.4 juta,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ucapan Usul Terima Kasih Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka pada Persidangan Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas, di sini, hari ini.
Jelas Ketua Menteri, langkah itu penting kerana Kerajaan Negeri mahi memastikan bekalan makanan untuk rakyat mesti cukup dan stabil.
“Buat masa ini, bekalan makanan di Melaka masih mencukupi, stabil dan terkawal. Kita tidak akan biarkan rakyat panik atau terkesan secara langsung dan sumber bekalan ini akan diurus dengan lebih terancang,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.


