
Enam ekor lembu mati dilanggar treler
Ketua Polis Daerah Alor Gajah SUPT Ashari Abu Samah berkata kejadian berlaku kira-kira 5.10 pagi ketika pemandu berusia 33 tahun itu dalam perjalanan dari Alor Gajah menghala ke Taman Bukit Tampin, Negeri Sembilan.
“Ketika tiba di lokasi, treler dipandu lelaki itu melanggar sekumpulan enam ekor lembu yang melintas dari arah sebelah kiri jalan menyebabkan lembu terbabit mati. Pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) telah ke lokasi dan mengalihkan lembu berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ashari berkata siasatan awal mendapati tiada kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian dan tiada saksi bebas yang tampil membuat keterangan kepada pihak polis.
Pemandu berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959. –Â BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
TIGA HOSPITAL PANEL MAMOGRAM UNTUK WANITA MELAKA
AYER KEROH 26 Mei - Tiga hospital swasta di negeri ini dilantik sebagai hospital panel bagi membantu golongan wanita menjalani...
WARGA MPHTJ PERKUKUH BUDAYA KERJA BERPRESTASI TINGGI
AYER KEROH 26 Mei - Warga Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) diminta agar terus memperkukuhkan budaya kerja cemerlang, profesionalisme...
BELUM PUTUS ASA PERJUANG PASAR AWAM MACHAP
MACHAP JAYA 26 Mei - Pembinaan sebuah pasar awam di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya akan terus diusahakan Datuk...
CUTI SEKOLAH: MACAM-MACAM PROGRAM MENARIK ADA DI MUZIUM MELAKA
AYER KEROH 26 Mei - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menawarkan pelbagai promosi tiket, program interaktif dan aktiviti berunsur warisan budaya...
AIDILADHA: MAIM TUMBANG DUA LEMBU KORBAN UNTUK ORANG ASLI
AYER KEROH 26 Mei - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menumbangkan dua ekor lembu untuk komuniti Orang Asli di...
SUAMI ISTERI ‘HIDUPKAN’ TANAH TERBIAR DENGAN CILI KULAI
ASAHAN 26 Mei - Tapak terbiar di Felcra Desa Mesra Perdana, Bukit Sedanan yang sudah lama sunyi kini kembali hidup...

