
Enam lelaki direman bantu siasatan kes bakar remaja lelaki
KUALA TERENGGANU, 24 Julai – Enam lelaki direman selama lima hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan kes seorang remaja yang melecur dipercayai dibakar beberapa rakannya di Kemaman, Jumaat lepas.
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman di Mahkamah Majistret Kemaman bagi membolehkan polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Hanyan Ramlan berkata semua suspek berusia 18 hingga 28 tahun itu ditahan di beberapa lokasi di daerah Kemaman pada Jumaat dan Sabtu (semalam).
“Tiga suspek yang ditahan merupakan pekerja kilang, tiga lagi penganggur dan siasatan awal mendapati seorang daripada suspek berusia 28 tahun mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dadah,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Media semalam melaporkan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun mendakwa dibakar rakan-rakannya selepas dituduh mencuri wang RM100 dalam kejadian kira-kira 3 pagi di Kampung Perasing Jaya, Jabor di Kemaman.
Difahamkan remaja terbabit yang sedang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan, Pahang kini berada dalam keadaan stabil walaupun melecur hampir 40 peratus pada bahagian leher hingga belakang badan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA GEOPARK BERPOTENSI TARIK PELANCONG EROPAH, AMERIKA
BANDARAYA MELAKA 5 September - Melaka Geopark sekiranya berjaya direalisasikan berpotensi membuka pasaran pelancongan baharu dengan menarik lebih ramai pelancong...
WRUR MEDAN RAIKAN SEMUA WARGA DUN TABOH NANING
TABOH Naning 5 September - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning membolehkan jabatan dan...
‘RIDER’ P-HAILING BANGGA DAPAT KETUA MENTERI SEPERTI TOK RAUF
AYER KEROH 5 September - Keprihatinan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh terhadap komuniti p-hailing memberi makna besar...
WRUR MELABUHKAN TIRAI, TETAPI KHIDMAT KEPADA RAKYAT TIDAK BERNOKTAH
TABOH NANING 5 September - Bermula dengan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) kini...
‘KITA BUKAN HANYA PANDAI CATAT MASALAH, TETAPI PANDAI CARI JALAN KELUAR’ – AB RAUF
TABOH NANING 5 September - Pendekatan turun padang untuk menyantuni dan mendengar denyut nadi rakyat menjadi teras pentadbiran Kerajaan Negeri...
RM41.8 JUTA LAKSANA 176 PROJEK PEMBANGUNAN DI DUN TABOH NANING
TABOH NANING 5 September - Sebanyak RM41.8 juta disalurkan bagi melaksanakan sebanyak 176 projek pembangunan sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN)...
