Erat hubungan antara ‘bikers’

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

AYER KEROH 15 Jun – Penganjuran Malaysia Bike Week Melaka 2024 menjadi mendan terbaik dalam mengeratkan lagi hubungan dalam kalangan peminat jentera berkuasa tinggi dua roda tempatan dan negara jiran Asean.

Peminat motosikal berkuasa tinggi wanita Puteri Maisara Marsuah Zakaria, 24, berkata penganjuran program bertaraf antarabangsa itu juga digunakan untuk berkongsi minat dan pengetahuan mengenai dunia permotoran.

“Bagi saya program seperti ini amat bagus, dapat eratkan silaturahim antara persatuan dan kelab motosikal.

“Malaysia ini banyak negeri, bila ada program seperti ini baharu kami dapat berhimpun beramai-ramai ,” katanya ketika ditemui pada Majlis Makan Malam GP Moto di Dataran Perbadanan Melaka (MCORP) di sini, semalam.

Puteri Maisara yang juga ahli Malacca Lady Bikerz berkata,  minat terhadap motosika berkuasa tinggi dikongsi bersama ibunya.

“Sejak di bangku sekolah lagi saya mula mendapat pendedahan mengenai motosikal, apa tidaknya ibu ketika adalah Presiden Malacca Lady Bikerz,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Whatsapp Image 2024 06 15 At 12.34.57 Am
OSMAN dan isterinya Siwa.

Sementara itu Osman Eksan,68, berkata ini adalah kali kedua dia dan isteri, Siwa Omar, 68, menyertai acara besar membabitkan motosikal berkuasa tinggi.

“Sebagai Ahli Jawatankuasa GP Moto, kami dari semasa ke semasa akan terus menyokong acara seperti Malaysia Bike Week ini untuk menyatukan semua ‘riders’ (penunggang motosikal berkuasa tinggi).

“Alhamdulillah majlis malam ini berjalan lancar, kita sentiasa mengalu-alukan Kerajaan Negeri Melaka mengadakan program besar begini pada masa akan datang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

156
Kongsi :
Previous post Belia wajar jadi penderma darah tegar
Next post Tiga acara besar di MITC rancakkan TMM2024
Ubah saiz-+=