‘Fikir orang lain bila ambil bantuan’

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

AYER KEROH 7 Julai – Sikap pentingkan diri mendorong individu bersikap ‘tamak’  dengan mengambil lebih daripada satu barang makanan, mengundang reaksi negatif masyarakat.

Bagi peniaga kedai sukan, Lee Kah Seng, 27, terhadap tindakan individu tidak bertanggungjawab yang melakukan perkara itu di sebuah bank makanan sebagaimana video tular di laman sosial, amat dikesalkan.

“Seharusnya individu terbabit turut memikirkan orang lain juga yang turut terkesan dan memerlukan barang keperluan asas itu kerana apa yang mereka ambil itu hak orang lain juga,” katanya ketika temui Melaka Hari Ini (MHI).

Menurut Kah Seng, dia memahami golongan itu amat terkesan akibat penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 oleh kerajaan, namun individu terbabit seperti mengambil kesempatan dengan peluang yang ada.

Katanya, langkah terbaik untuk mengelak perkara itu berulang, pihak berkaitan termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu meletakkan penjaga di premis masing-masing yang menyediakan bank makanan untuk memantau pengambilan keperluan asas itu.

“Perlu ada orang jaga supaya mereka pantau individu yang ambil itu, tidaklah orang yang sama sahaja yang ambil setiap hari atau boleh tengok jumlah kuantiti barang diambil,” katanya.

NORHARNIYANTI.

Perkara sama disuarakan Norharniyanti Sahlan, 37, yang berpendapat makanan asas di bank makanan perlu diletakkan dalam satu kotak atau bungkusan.

Jelasnya, ia bagi memudahkan orang ramai untuk mengambil bantuan ditetapkan untuk mereka dan berpada-pada.

“Sepatutnya di bank makanan perlu ada orang jaga dan pantau, atau lebih baik penganjur bungkus siap-siap barang keperluan dalam satu plastik.

“Dengan cara begini, penganjur boleh elakkan sifat pentingkan diri dalam kalangan golongan yang memerlukan keperluan asas itu,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

370
Kongsi :
Previous post Jangan sampai salah guna trend minta bantuan
Next post Pelupusan bersyarat pinjaman kurangkan 80 peratus beban peneroka
Ubah saiz-+=