Sorting by

×

FSSSM 2025 RAIKAN DIASPORA SENI BUDAYA SELAT MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

BANDARAYA MELAKA 22 Oktober – Penganjuran Festival Seni Selat Melaka X Festival Sungai Melaka (FSSSM 2025) pada 24, 25 dan 26 Oktober tampil dengan keunikan apabila mengetengahkan elemen kebudayaan dan kesenian.

Pengarah Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri (JKKN) Melaka Ezlina Elias berkata, kedua-dua festival itu mengangkat frasa ‘Pelancongan Budaya’ dan Sungai Melaka sebagai diaspora komuniti perdagangan dunia Timur dan Barat yang berasimilasi dengan budaya tempatan.

Beliau berkata, bertemakan ‘Mulanya Di Sini! Pusat Pertemuan Budaya’ ia turut meraikan diaspora seni budaya Selat Melaka yang menekankan kepentingan melestarikan warisan budaya sebagai jambatan merapatkan hubungan antara kaum misalnya.

“Malah Malam Lestari Budaya dan Perasmian menjadi kemuncak apabila menggabungkan lima segmen berbentuk muzikal seperti Pelayaran Mendam Berahi, Persembahan Pembukaan Lestari Seni dan Segmen Evolusi Diaspora Selat Melaka.

“Bagi segmen Kehebatan Selat Melaka, ia akan menampilkan Raja Syair Nusantara Roslan Madun yang akan menceritakan bagaimana Melaka berkembang dari sebuah muara ke Pelabuhan Maritim.

“Untuk itu kita minta semua yang hadir mengenakan atau memakai busana klasik bersesuaian seperti pedagang Timur Tengah, India atau Arab,” katanya.

Ezlina berkata demikian pada sidang media sempena penganjuran FSSSM 2025 yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) Shaharul Azuar Idris, di Kafe Mendam Berahi, Pengkalan Rama, di sini, semalam.

Menurutnya, FSSSM bukan sekadar acara hiburan tetapi wadah untuk menilai serta mengangkat warisan seni serta peradaban.

“Oleh itu pada malam kemuncak kita turut bawakan kesenian masyarakat berbilang bangsa antaranya Keroncong Peranakan Melaka dari Persatuan Peranakan Cina Melaka dan Medley Langgam Melayu.

“Bersempena FSSSM 2025 juga turut akan bersiaran ‘podcast’ Melaka Hari Ini selama tiga hari yang akan menampilkan Presiden Persatuan Sastera Lisan Negara (Persalina) Ninot Aziz dan beliau akan mengupas berkaitan buku Kepulauan Melayu,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

452
Kongsi :
Previous post HOSPITAL MELAKA NAFI SEDIA PERKHIDMATAN ‘CAREGIVER NURSE MAID’
Next post KERAJAAN NEGERI TERIMA SUMBANGAN RM5 JUTA DARIPADA KUM