DUN Taboh Naning: Futsal, cermin keharmonian kaum

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

TABOH NANING 1 Ogos – Pembabitan belia masyarakat Orang Asli dan India antara yang menarik perhatian pada penganjuran Pertandingan Futsal Tertutup Piala YB Zulkiflee Mohd Zin di Kompleks Japerun Taboh Naning, di sini, semalam.

Pertandingan membabitkan 16 pasukan sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning itu bukan sekadar menunjukkan semangat kesukanan tinggi dalam kalangan belia malah menggambarkan keharmonian antara kaum.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taboh Naning, Zulkiflee Mohd Zin berkata, dua pasukan mewakili masyarakat Orang Asli Bukit Payung dan lagi dua Pemuda MIC Taboh Naning manakala selebihnya belia daripada kampung serta taman perumahan.

“Alhamdulillah penganjuran bukan kali ini sangat memberangsangkan, kita anjurkan program bagi merapatkan hubungan antara anak muda pelbagai kaum dan keturunan.

“Peserta juga boleh saling mengenali antara mereka dan bagi saya ini adalah cara terbaik untuk rapatkan hubungan dalam kalangan belia, iaitu menerusi sukan,” katanya ketika ditemui pada pertadingan itu.

Hadir sama Setiausaha Politik Ketua Menteri Melaka, Abdul Hakim Abdul Wahid.

Zulkiflee berkata, memperkasakan aktiviti sukan antara agenda utama beliau, berikutan itu banyak lagi pertandingan akan dianjurkan selepas ini.

Sementara itu aksi pentas final menyaksikan pasukan mewakili Taboh Naning muncul johan selepas menewaskan wakil daripada Simpang Ampat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1371
Kongsi :
Previous post Ajal langgar lampu isyarat merah
Next post Kesepakatan ahli rahsia tiga kali johan nazam
Ubah saiz-+=