
Kesepakatan ahli rahsia tiga kali johan nazam
BUKIT PALAH 1 Ogos – Kesepakatan dalam kalangan ahli, menjadi rahsia kejayaan Kumpulan Sabib Abrar hingga mereka menjadi johan tiga kali berturut-turut dalam pertandingan nazam.
Kumpulan itu merangkul Johan kategori terbuka pada Pertandingan Nazam Sempena Sambutan Maal Hijrah dan Ekspo Tamadun Islam Peringkat Negeri Melaka berlangsung di Dataran Pusat Islam, di sini, semalam.
Ketua Kumpulan Sabib Abrar, Zaid Roslan, 31, berkata, menyertai pertandingan bukan sekadar mengejar kemenangan, sebaliknya menyampaikan mesej kepada orang ramai.
“Alhamdulillah kami mempertahankan kejuaran pada pertandingan kali ini yang dianjurkan Institut Warisan Melaka (Inswa).
“Kami bersyukur dengan kemenangan ini ditambah pula apabila kami berjaya menjadi johan nahi persembahan dan lirik terbaik nazam,” katanya.
Zaid berkata, keinginan dan kesungguhan yang tinggi dalam kalangan ahli juga menjadi rahsia persembahan mereka tambah menarik.
“Biarpun semalam kami berada di kedudukan keempat, kami tidak berputus asa dan terus berlatih sehabis baik sehingga jam 2 pagi.
“Hari ini (semalam) alhamdulillah, Allah memberi rezeki kepada kami untuk menjadi johan,” katanya lagi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PERCUTIAN NOSTALGIA RUMAH KAMPUNG TENGAH BANDAR
KOTA LAKSAMANA 12 Februari - Mahu merasai pengalaman bercuti sambil mengimbau nostalgia menginap di rumah tradisional, namun mahukan lokasinya berada...
KADAR ZAKAT FITRAH MELAKA DITETAPKAN RM8, RM15 DAN RM22
BUKIT PALAH 12 Februari - Zakat fitrah bagi Negeri Melaka tahun ini ditetap pada tiga kadar iaitu RM8, RM15 dan...
SISTEM MYASNAF JAMIN KETELUSAN BANTUAN MAKANAN BULANAN MAIM
TELOK MAS 12 Februari - Sistem MyAsnaf yang dibangunkan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan terus diperkasakan bagi memudahkan golongan...
KARNIVAL DEMI PAYA RUMPUT DAPAT SAMBUTAN HEBAT
PAYA RUMPUT 12 Februari - Penganjuran Karnival Demi Paya Rumput bukan sekadar aktiviti hiburan dan kemasyarakatan, sebaliknya menjadi platform penting...
MPHTJ ‘NYALAKAN’ SEMANGAT TAHUN BAHARU CINA
AYER KEROH 12 Februari - Sempena sambutan Tahun Baharu Cina, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menyemarakkan suasana dengan pemasangan...
YB RAIS DENGAR DENYUT NADI PENIAGA PASAR MALAM
PAYA RUMPUT 12 Februari - Program Walkabout tiga pasar malam utama dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput menjadi antara...
