Sorting by

×

Gadis ‘introvert’ popular di TikTok bukti usahawan digital berjaya

Masa Membaca:1 Minit, 42 Saat

Oleh: Rabiah Osman

DURIAN TUNGGAL 17 Jun – Siapa sangka, seorang gadis ‘introvert’ berjaya membuktikan dirinya mampu meraih pendapatan lumayan menerusi perniagaan dalam platform digital.

Pemilik Akaun TikTok Ume Cikin atau nama sebenar Ume Nurashikien M. Azhar, 29, berjaya mengaplikasikan kemahiran penggunaan platform digital untuk memasarkan produk acar ikan masin keluarannya.

Berkat kegigihan dan kreativitinya, dia yang mempunyai lebih 400,000 pengikut di TikTok dan 70,000 pengikut di Facebook, berjaya memperoleh nilai jualan mencecah RM30,000 sebulan.

“Platform itu sudah disediakan, kita yang kena corakkan mengikut apa yang kita mahukan.

“Memandangkan kita nak buat ‘content’ untuk orang ramai, jadi saya fikir, alang-alang nak buat content, pada masa sama, saya boleh pasarkan produk yang bukan sahaja untuk jualan tetapi juga beri moral kepada orang ramai.

“Saya mahu orang yang tengok ‘content’ itu nampak ‘value’, bukan sekadar content kosong.

“Sebelum ini, saya hanya promosikan produk di Facebook dan Instagram, tapi macam slow, jadi saya cuba di TikTok pula.

“Mungkin hasil banyak berangan dan buat konsep seperti bercerita, penerimaan yang saya terima sangat baik,” katanya ketika ditemui pada Konvensyen Keusahawanan Teknikal Wanita (WTC) 2022, di Dewan Canselori Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), semalam.

Terdahulu, Ume yang juga bekas graduan Engineering Manufacturing Robotics and Automation UTeM menerima Anugerah Ikon Keusahawanan Pemasaran Digital Wanita yang disampaikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

NURUL Hidayah

Sementara itu, bekas graduan Sarjana Kejuruteraan Pembuatan dan Rekabentuk UTeM, yang menerima anugerah Ikon Keusahawanan Inovasi Wanita, Nurul Hidayah Arshad, 38 tahun tidak mensia-siakan teknik yang dipelajarinya sewaktu menuntut dan mengajar di UTeM untuk menghasilkan aiskrim buatan muslim berkualiti menggunakan inovasi proses pembuatan.

“Daripada awal perniagaan, saya selalu mengkaji kekurangan produk dan dari situ saya menggunakan segala kemahiran teknikal sewaktu belajar di UTeM untuk kembangman produk saya.

“Sekarang kita sudah ada satu produk spesifik iaitu aiskrim Musang King. Jadi, dari situ saya mahu jadikan jenama ‘Bedhills creamery’ saya sebagai salah satu ikon pelancongan terkenal satu di Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3973
Kongsi :
Previous post Terlalu bincangkan tarikh PRU15 ganggu kestabilan politik negara – PM
Next post Pencapaian pelajar MRSM dalam SPM memberangsangkan – Mahdzir
Ubah saiz-+=