Sorting by

×

Gantung kain rentang lengkap vaksin, tarik pengunjung – Exco

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

AYER KEROH 3 Sept – Pengusaha hotel dan inap desa di negeri ini disaran menggantung kain rentang lengkap vaksin di luar premis bagi menarik kedatangan pelancong.

Exco Pelancongan Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, ia satu daripada strategi untuk meyakinkan pelancong yang datang untuk menginap di premis mereka.

“Inisiatif meletakkan ‘banner’ itu sedang direncanakan dan diumumkan dalam masa tiga hari.

“Ini usaha dari portfolio pelancongan melalui Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) sekali gus memastikan tempat penginapan itu selamat,” katanya.

Gambar hiasan.

Beliau berkata demikian selepas Cabutan Bertuah Bulanan Pertama Kempen Vax & Win di Lobi Seri Negeri, hari ini.

Cabutan itu disempurnakan Exco Kesihatan dan Antidadah Negeri, Datuk Rahmad Mariman.

Katanya, beliau akan memanggil pihak terlibat termasuk persatuan-persatuan industri pelancongan bagi membincangkan strategi itu.

“Minggu depan kita akan panggil pihak persatuan yang berkaitan, ada tiga perkara
kita tekankan iaitu pemilik premis perlu tunjuk bukti sanitasi, disinfeksi serta kemukakan prosedur operasi standard (SOP).

“Kita akan berkerjasama dengan semua persatuan untuk pastikan setiap premis letak ‘banner’ itu, ia bagi mengesahkan semua perkeja telah divaksin.

“Kita akan pastikan benda ni dibuat, jadi sekurang-kurangnya pelancong ada keyakinan dan terjamin keselamatan semasa melaksanakakn urusan di Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

660
Kongsi :
Previous post Edar 299.09 gram kanabis, penghantar barang menangis ke tali gantung
Next post Mangsa banjir Yan dan Merbok dikecualikan bayaran ganti lesen kenderaan dan memandu
Ubah saiz-+=