Sorting by

×

Gaza ‘hadiahkan’ Malaysia Street sempena Hari Kemerdekaan ke-64

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

AYER KEROH 31 Ogos – Malaysia menerima ‘hadiah’ istimewa daripada penduduk Gaza sempena Hari Kemerdekaan ke-64 hari ini dengan menamakan sebatang jalan di barat bandar Gaza sebagai ‘Malaysia Street’.

Berita gembira sebagai tanda menghargai peranan dan sumbangan negara dalam pembebasan Palestin itu dikongsi Pengerusi Persatuan Kebudayaan Palestin-Malaysia (PCOM), Muslim Imran, melalui laman Twitternya hari ini.

“Majlis Perbandaran Gaza menamakan jalan di barat Gaza sebagai Malaysia Street (Jalan Malaysia) sebagai memperingati Hari Kemerdekaan Malaysia hari ini.

“Lokasi (jalan ini ialah) berdepan Bulatan Ansar, barat kota Gaza,” katanya menerusi Twitter, hari ini.

PERASMIAN nama jalan disempurnakan Datuk Bandar Gaza, Dr Yahya As-Sarraj. Foto kredit Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman

Papan tanda nama jalan tersebut ditulis dalam bahasa Arab dan bahasa Inggeris yang memberi penerangan ringkas berhubung Malaysia dan peranan negara ini dalam perjuangan membebaskan Palestin daripada cengkaman rejim Zionis Israel.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman turut berkongsi perkembangan itu yang turut dihadirinya sebagai perasmi.

“Perasmian jalan tadi disempurnakan dengan kehadiran Datuk Bandar Gaza, Dr Yahya As-Sarraj, CEO Cinta Gaza, Pengarah MyCare di Gaza Dr Ziad Shehadah serta rakan-rakan media tempatan.

“Tahniah Malaysia! Kita sudah bertapak di Palestina!,” tulisnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

780
Kongsi :
Previous post ‘Berkorban’ satu tan beras, telur dan bendera hayati kemerdekaan
Next post Agong berkenan sertai operasi SAR anggota tentera hilang di Sungai Pahang
Ubah saiz-+=