Gembira berpeluang berbuka puasa di luar selepas 2 tahun ‘berkurung’

Masa Membaca:1 Minit, 25 Saat

BANDARAYA MELAKA 10 April – “Alhamdulillah kerana diberikan peluang berbuka puasa di luar dan akhirnya dapat juga melepaskan rindu meraikan Ramadan seperti tahun-tahun lalu,” kata Mohd Razin Mohd Firdaus, 16.

Dia merupakan antara pelajar sekolah tahfiz yang diraikan dalam lhya’ Nurani Kasih Ramadhan (INKR) 2.0 diadakan di Hotel La Crista di sini malam tadi.

Pelajar Madrasah Darul Tolabah, Krubong, itu berkata peluang kali pertama menerima jemputan untuk berbuka puasa tahun ini tidak dilepaskan dan meraikannya dengan penuh kesyukuran.

MOHD Razin

“Saya rasa teruja kali ini dapat juga berbuka puasa bersama Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Najib Abdul Razak di hotel ini.

“Terima kasih kepada semua pihak yang menjemput kami semua dan bersyukur Ramadan tahun ini dapat disambut dengan pelbagai kelonggaran,” katanya.

ABDUL Rahman

Sementara itu, guru tahfiz Akademi Tahfiz Abdul Aziz, Ustaz Abdul Rahman Shahabudin Abd Aziz bersyukur dengan sambutan yang diberikan tahun ini.

Katanya, pada Ramadan lalu dia bersama pelajarnya berbuka di rumah akibat kekangan pandemik COVID-19.

“Terima kasih diucapkan kepada semua pihak terlibat memberi peluang kepada kami dan turut menyampaikan sumbangan pada malam ini.

“Alhamdulillah sekurang-kurangnya dapatlah pelajar saya meraikan Ramadan yang penuh bermakna tahun dengan penuh keberkatan,” katanya.

Terdahulu, seramai 70 pelajar dan guru membabitkan tiga sekolah iaitu Rumah Kasih Tun Abdul Aziz, Madrasah Darul Tolabah dan Akademi Tahfiz Abdul Aziz menerima bantuan dari segi kewangan dan barang keperluan kepada anak-anak asnaf terlibat.

Selain program berbuka puasa masing masing turut berpeluang menjalankan ibadah solat Maghrib dan Isyak berjemaah serta solat sunat terawih bersama Mohd Najib dan tetamu undangan lain.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1090
Kongsi :
Previous post 16 warga Malaysia diperdaya dengan peluang pekerjaan di Kemboja diselamatkan
Next post COVID-19: MRSM Muar ditutup seminggu
Ubah saiz-+=