Gotong royong basmi Aedes 3 Oktober depan

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

AYER KEROH 29 Sept. – Kerajaan negeri bersama Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) komited memastikan demam denggi di negeri ini terkawal dan dikekang penularannya.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri Rahmad Mariman berkata, sehubungan itu kerajaan negeri mengambil inisiatif mengadakan Gotong Royong Mega Bersepadu Peringkat Negeri Melaka yang dijangka diadakan pada 3 Oktober ini.

Beliau berkata, gotong royong itu akan diadakan selama tiga minggu bermula 3 sehingga 17 Oktober depan yang turut membabitkan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi lain.

“Gotong royong ini akan diadakan dilokaliti lokasi utama berisiko denggi atau wabak iaitu untuk Melaka Tengah di Taman Ayer Molek, Alor Gajah di Taman Kuala Permai dan Jasin di Kampung Solok Tengah, manakala akan diperluaskan ke lokasi lain ke semua Dewan Undang Negeri (DUN).

“Aktiviti gotong royong kawalan denggi perlu berfokuskan elemen premis dan persekitaran bebas pembiakan nyamuk Aedes antaranya seperti semburan ‘larvasiding’ , jalan belakang dan persekitaran rumah, kawasan tanah kosong serta pasu bunga dan tong air,” katanya.

Menurut beliau, kerjasama dan peranan penduduk dan masyarakat setempat dalam bersama-sama berganding bahu mencegah penularan demam denggi amat diharapkan.

“Kerajaan negeri amat berharap agar semua pihak terutama penduduk yang berada dilokasi berkenaan agar dapat mengambil inisiatif untuk membersihkan kawasan dalam dan luar kediaman dalam memastikan bebas pembiakan nyamuk Aedes,” katanya.

Views:

484
Kongsi :
Previous post Kes denggi terus meningkat
Next post Dua beranak antara ditahan bersama RM2.5 juta dadah jenis syabu
Ubah saiz-+=