
Kes denggi terus meningkat
AYER KEROH 29 Sept. – Kes denggi di negeri ini terus meningkat apabila merekodkan peningkatan sebanyak 27.19 peratus atau 453 kes berbanding tempoh sama tahun lalu dengan 1,666 kes.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri Rahmad Mariman berkata, sehingga Minggu Epid (ME) ke-39 yang berakhir pada Sabtu (26 September) sebanyak 2,119 kes denggi didaftarkan di Melaka.
“Pada ME ke-39 sebanyak 91 kes direkodkan berbanding 90 kes pada ME ke-38 dengan Daerah Melaka Tengah menyumbang sebanyak 1,397 kes.
“Diikuti Jasin dengan 399 kes serta Alor Gajah 323 kes dan tren peningkatan adalah melebihi paras amaran dengan kematian dilaporkan kekal dengan enam,” katanya.
Menurut beliau, terdapat 161 wabak dilaporkan masih aktif dan daripada jumlah itu sebanyak 14 adalah lokaliti ‘hotspot’ yang mana tempoh wabak melebihi 30 hari.
Mengulas lanjut Rahmad berkata, sejak Januari hingga September tahun ini sebanyak 110,229 premis diperiksa Jabatan Kesihatan Negeri dalam menghapuskan tempat pembiakan Aedes.
“Daripada jumlah itu sejumlah 6,327 premis termasuk kediaman didapati positif pembiakan dan sejumlah 805 kompaun dikeluarkan kepada penjaga dan pemilik premis,” katanya.
Views:
Related

Berita Lain
MAULIDUR RASUL: MAIM SASAR HIMPUN 6,000 PESERTA
KOTA LAKSAMANA 27 Julai - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyasarkan penglibatan kira-kira 6,000 peserta bagi memeriahkan Perhimpunan dan Perarakan...
HEBAT DENGAR SUARA RAKYAT PAYA RUMPUT, PERMUDAH PENYELESAIAN ADUAN
PAYA RUMPUT 27 Julai - Isu banjir dan longkang tersumbat menjadi antara aduan paling banyak diterima pada Program Hari Exco...
PENANTIAN LEBIH SEDEKAD BERAKHIR, DEWAN TAMAN KRUBONG PERDANA BAKAL DIBINA
PAYA RUMPUT 27 Julai - Penantian lebih sedekad penduduk di Taman Krubong Perdana untuk memiliki sebuah dewan terbuka bakal berakhir...
MELAKA LAKSANA PROJEK MITIGASI BANJIR LEBIH RM161 JUTA DI DUN PAYA RUMPUT
PAYA RUMPUT 27 Rumput - Kerajaan Negeri komited menangani isu banjir kerap melanda beberapa lokasi di Dewan Undangan Negeri (DUN)...
859 KETUA ISI RUMAH TERJEJAS BANJIR TERIMA BANTUAN
PAYA RUMPUT 27 Julai - Seramai 859 ketua isi rumah terjejas akibat banjir kilat di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN)...
MELAKA LAKSANA PROJEK RM7 JUTA KURANGKAN RISIKO BANJIR KILAT DI DUN PAYA RUMPUT
PAYA RUMPUT 27 Julai - Sebanyak RM7 juga diperuntukan bagi melaksanakan langkah segera mengatasi banjir kilat sekitar Dewan Undangan Negeri...

