Hab KITARecycle cara ubah budaya masyarakat asing sisa pepejal – Exco

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

AYER KEROH 17 Januari – Pelaksanaan Hab KITARecycle di negeri ini akan diperluaskan bagi mengubah budaya orang ramai menguruskan pengasingan sisa pepejal dari peringkat punca.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Zaidi Attan berkata selain menyasarkan penglibatan penduduk dalam aktiviti kitar semula, kewujudan hab itu juga dapat melestarikan Negeri Melaka menjelang tahun 2035.

Katanya, penubuhan hab KITARecycle itu adalah yang pertama di negeri ini akan mula beroperasi pada Mac depan.

“Pusat pandu lalu KITARecycle pertama di Taman Botanikal ini akan mula beroperasi pada Mac depan, ini tapak kajian pertama untuk melihat sama ada ia berfungsi atau tidak dalam tempoh setahun.

“Tujuan kita untuk mengubah perilaku manusia supaya membuang sampah dengan kaedah yang betul.

“Kita akan laksanakannya di semua kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT), (dan) kita akan lihat sama ada kaedah ini mampu memberikan impak besar kepada Negeri Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Pusat Pandu Lalu KITARecycle di Taman Botanikal di sini hari ini.

Hadir sama Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datuk Shadan Othman; Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam Mohd Nordin dan Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Melaka, Khairuladha Ab Mutalib.

Menurut Zaidi Hab KITARecycle merangkumi tiga komponen iaitu Pusat Pandu Lalu KITARecycle, pusat komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA) dan kenderaaj bergerak KITARecycle.

“Kemudahan ini mampu menjadi perangsang kepada ekonomi dan melanjutkan jangka hayat tapak pelupusan serta mengurangkan kos operasi di tapak pelupusan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2635
Kongsi :
Previous post Kes demam denggi meningkat 13.6 peratus pada minggu epidemiologi
Next post RM10 bilion boleh diselamatkan daripada kebocoran sistem perolehan kerajaan
Ubah saiz-+=