
Hampir 40 rumah di Jelebu terjejas banjir kilat
SEREMBAN, 6 Mac – Hampir 40 rumah di Kampung Simpang Durian, Kampung Mentaus dan Kampung Jerang di Jelebu dekat sini terjejas banjir kilat berikutan hujan lebat kira-kira pukul 7.20 malam tadi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan Lt Kol (PA) Mohd Syukri Md Nor berkata hujan lebat selama dua jam menyebabkan air Sungai Triang, Juntai melimpah dan memasuki rumah penduduk hingga mencecah paras lutut.
“Rumah yang berdekatan sungai dan kawasan rendah menyebabkan air naik dengan cepat namun keadaan tidak kritikal. Hujan lebat reda pada 9.45 malam dan hujan renyai hingga tengah malam.
“Paras air paling tinggi naik hingga 0.5 meter di beberapa kawasan, bagaimanapun tiada pusat pemindahan dibuka dan air surut sepenuhnya sekitar 7 pagi tadi,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata kira-kira 50 anggota termasuk APM, bomba dan polis digerakkan ke lokasi bagi memantau keadaan termasuk mengalihkan barang di rumah mangsa ke tempat selamat.
Menurutnya kejadian berkenaan adalah kali pertama berlaku pada tahun ini di kawasan itu, selepas kawasan sama dinaiki air Disember lepas dan pihaknya sentiasa bersiap siaga sekiranya berlaku kejadian tidak diingini. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
NENEK BERSYUKUR TIADA LAGI ALAMAT ‘KUNO’ SELEPAS 50 TAHUN
BEMBAN 4 Julai - Pengenalan alamat digital yang dilengkapi kod QR terus ke lokasi rumah menamatkan penantian penduduk kampung yang...
‘MHS THUNDERBOLTS’ SASAR 5 TERBAIK LIGA HOKI REMAJA MALAYSIA
BANDA HILIR 4 Julai - Pasukan Hoki 'MHS Thunderbolts' Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Melaka meletakkan sasaran berada dalam kelompok...
MPHTJ BERI SEMANGAT BAHARU KEPADA WARGA BEMBAN
BEMBAN 4 Julai - Inisiatif Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mengadakan Lawatan Kasih Rumah Ke Rumah ke tujuh buah...
LINNAS 2025 MAIM BUKA JALAN ASNAF JANA PENDAPATAN
AYER KEROH 3 Julai - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) membuka peluang kepada asnaf menjana pendapatan melalui Program Latihan Insan...
PADANG HOKI SMK TINGGI MELAKA PERLU DINAIK TARAF
BANDA HILIR 3 Julai - Kerajaan Negeri memohon agar padang hoki di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Melaka (MHS) dinaik...
KEBOCORAN ATAP JEJANTAS TUN TEJA: TINDAKAN SEGERA DIAMBIL, KESELAMATAN PENGGUNA DIUTAMAKAN
PENGKALAN BATU 3 Julai - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) telah mengambil tindakan segera berhubung insiden kebocoran pada struktur atap...