Hampir semua persatuan penggiat pelancongan Melaka catat 90 peratus kadar vaksinasi lengkap

Masa Membaca:1 Minit, 30 Saat

AYER KEROH 30 Ogos – Hampir kesemua persatuan penggiat pelancongan Melaka merekodkan 90 peratus ahli masing-masing sudah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19.

Presiden Persatuan Pelancongan Melaka (MTA), Madelina Kuah berkata, setakat ini hampir kesemua ahlinya telah menerima suntikan terbabit termasuk pemandu pelancong.

Katanya, hanya beberapa penggiat industri pelancongan sedang dalam proses penerimaan suntikan itu berikutan syarikat yang berskala besar memerlukan pemberian vaksin dijalankan di premis masing-masing.

MADELINA.

“Setakat ini hanya 16 ahli belum memberikan sebarang maklum balas berkaitan suntikan terbabit daripada kira-kira 800 ahli MTA.

“Malah daripada 117 pemandu pelancong berdaftar, seramai 169 sudah divaksin.

“Kita menganggarkan kira-kira 90 peratus penggiat pelancongan di bawah MTA telah menerima vaksin termasuk persatuan penggiat lain di negeri ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata hanya beberapa pekerja dari penggiat hotel sedang menunggu suntikan vaksin yang kebanyakkanya dalam kelangan pekerja asing.

Menurutnya, cadangan suntikan vaksin kepada pekerja asing yang bekerja dalam sektor pelancongan perlu diberi perhatian sebagai persediaan awal menjelang pembukaan semula sektor itu.

“Kebanyakan pekerja asing dalam sektor ini masih belum divaksin biarpun kuantiti pekerja dalam kalangan mereka tidak ramai,” katanya.

KHAIRULNIZAM.

Sementara itu, Presiden Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Melaka Chapter, Khairulnizam Kasim berkata, di Melaka hanya beberapa pekerja daripada sekitar lima peratus pekerja asing yang bekerja di setiap hotel tiga bintang telah menerima vaksin.

Ujarnya, suntikan vaksin untuk pekerja asing perlu diberi perhatian biarpun bilangan mereka kecil.

“Kebanyakan mereka bertugas sebagai janitor dan pencuci di dapur hotel, tapi tetap perlu diberi perhatian untuk divaksin.

“Setakat ini juga MAH Melaka telah mencapai kadar 90 peratus vaksinasi dalam kalangan ahli dari 75 hotel manakala selebihnya sedang menunggu giliran program vaksinasi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1101
Kongsi :
Previous post Keluarga Malaysia perlu bertekad pulihkan negara daripada COVID-19
Next post Selami sejarah ulung perjuangan kemerdekaan negara- Sulaiman
Ubah saiz-+=