Hampir separuh kes positif COVID-19 di Melaka semalam disumbang Kluster Industri Lot 11 Tangga Batu

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

MELAKA 25 Julai – Hampir separuh daripada 631 kes positif COVID-19 yang direkodkan di Melaka semalam melibatkan Kluster Industri Lot 11 Tangga Batu dengan 312 kes.

Exco Kesihatan negeri Datuk Rahmad Mariman berkata, kluster itu membabitkan kilang pembuatan elektronik di Tangga Batu di sini, dengan 467 kes positif COVID-19 direkodkan di sejak dikesan 13 Julai lalu hingga semalam.

RAHMAD.

“Daripada jumlah itu juga, sebanyak 458 orang yang dijangkiti COVID-19 adalah membabitkan pekerja warga asing.

“Kilang tersebut yang diarahkan tutup selama 14 hari bermula 16 hingga 28 Julai itu mempunyai 1,550 pekerja membabitkan 609 warga asing dan 941 warga tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat Common Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) di Bayou Convention Centre di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menyertai lawatan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Mohd Rustam.

Turut serta Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Lim Ban Hong.

Rahmad berkata, penularan jangkitan dalam kalangan pekerja berkenaan khususnya warga asing ekoran pekerja berkenaan tinggal di satu kawasan penempatan di Taman Cheng Emas.

Sementara itu, beliau berkata, mengikut jangkaan, beberapa kluster baharu mungkin berlaku di negeri ini dalam tempoh beberapa minggu akan datang ekoran peningkatan kes COVID-19 yang agak tinggi sejak kebelakangan ini, namun pelbagai inisiatif dan pemantauan ketat dilakukan kerajaan negeri bagi mengekang situasi itu.

“Kluster baharu hanya diisytiharkan sebagai kluster apabila ia merekodkan 20 kes positif COVID-19 secara mendadak,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

419
Kongsi :
Previous post COVID: 17,405 kes baharu, kumulatif kes cecah angka sejuta
Next post Sulaiman agih 50 kit makanan ‘drive-tru’
Ubah saiz-+=