
Hanya peralatan sembahyang terbakar di Kuil Kek Lok Si
GEORGE TOWN, 4 Jan – Hanya alat perkakasan sembahyang di luar Kuil Kek Lok Si yang berusia 131 tahun di Air Itam di sini musnah dalam kebakaran tengah malam tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata kebakaran dipercayai berlaku pada 12.50 tengah malam itu tidak melibatkan struktur bangunan terdapat di kuil tersebut seperti yang tular kononya bangunan rumah ibadat berkenaan terbakar.
“Apabila pasukan bomba dan penyelamat tiba di tempat kejadian mendapati terdapat kebakaran melibatkan alat perkakasan sembahyang di luar kuil dan ia tidak melibatkan struktur. Tiada mangsa terlibat dalam kebakaran tersebut.
“Pihak bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak pada 12.56 tengah malam dan api dipadamkan sepenuhnya kira-kira 11 minit kemudian. Kerja-kerja overhaul selesai dan operasi ditamatkan sepenuhnya 1.30 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
SUDAH 16 TAHUN BERSARA, ZAID MASIH BERJIWA PENDIDIK
TANJUNG BIDARA 21 September - Sudah 16 tahun bersara sebagai guru, namun semangat mendidik dalam diri Zaid Md Saman, 72,...
MENARA TINJAU GAMIT ‘HIKERS’ TAWAN PUNCAK BUKIT GAPIS
ASAHAN 21 September - Aktiviti mendaki Bukit Gapis atau juga popular dengan panggilan Gunung Melaka kini lebih menarik dengan pembinaan...
TRADISI REWANG KENDURI RAKYAT IMBAU TRADISI DULU
TANJUNG BIDARA 21 September - Tradisi rewang kembali menghidupkan semangat gotong-royong apabila penduduk setempat berganding bahu menyediakan juadah untuk orang...
PESTA PANTAI TANJUNG BIDARA MERIAH LUAR BIASA
TANJUNG BIDARA 21 September - "Memang tidak sangka, ia luar biasa dan meriah," itu kata pengunjung Norhayati Abdul Rahman yang...
AB RAUF MAHU PERTAHAN KEM GERAK KHAS DI BUMI MELAKA
SUNGAI UDANG 20 September - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh memberi jaminan kedudukan Kem Rejimen Gerak Khas...
HARI KELUARGA GERAK KHAS BAKAL JADI TRADISI TAHUNAN MELAKA
SUNGAI UDANG 20 September - Sambutan Hari Keluarga Rejimen Gerak Khas (RGK) dicadangkan untuk dijadikan acara tahunan peringkat Jabatan Ketua...

