
Hanya satu juta umat Islam bawah 65 tahun dibenar tunai haji tahun ini – MoHU
KUALA LUMPUR, 9 April – Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi (MoHU) mengumumkan jumlah jemaah haji yang dibenarkan bagi musim haji tahun ini 1443Hijrah / 2022 Masihi terhad kepada sejuta jemaah tempatan dan antarabangsa.
Menerusi kenyataan rasmi yang dikongsikan di laman Twitter hari ini, kementerian itu menyatakan jumlah jemaah antarabangsa untuk tahun ini akan mengikut kuota yang diperuntukkan kepada setiap negara berkenaan dengan mengambil kira pematuhan semua kriteria penjagaan kesihatan.
Kementerian menegaskan bahawa musim haji tahun ini terbuka kepada jemaah di bawah 65 tahun yang telah melengkapkan vaksin COVID-19 asas yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Saudi.
Menurut kenyataan itu, jemaah haji yang datang dari luar Saudi wajib menyerahkan keputusan negatif ujian PCR COVID-19 dalam tempoh 72 jam sebelum berlepas.
Kementerian turut mengingatkan keperluan jemaah haji untuk mematuhi langkah berjaga-jaga dan mengikuti semua arahan kesihatan semasa melaksanakan ibadah mereka.
Untuk rekod, tahun lepas Arab Saudi membenarkan hanya 60,000 jemaah domestik meliputi warganegaranya dan warga asing yang berada di negara itu untuk menunaikan haji. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
AKTIF PERKASA ANAK MUDA, PEGUAM SYARIE DINOBAT IKON BELIA MELAKA
AYER KEROH 9 Julai – Menguruskan firma guaman sendiri sebagai peguam syarie bukan alasan buat Harris Daniel Hermee, 28, untuk...
‘BAU TANAH’ ANTARA PETUA PINDAH KUBUR LAMA
SERKAM 9 Julai - Meskipun si mati sudah meninggal dunia bagi tempoh masa yang agak lama, namun setiap kali proses...
SIMPANG TIGA SOLOK DUKU DINAIK TARAF JADI BULATAN
LENDU 9 Julai - Persimpangan Solok Duku Masjid Tanah, di sini, telah dinaik taraf menjadi bulatan berkuat kuasa malam tadi....
MELAKA ANJUR KARNIVAL ANAK MUDA SEPTEMBER DEPAN
AYER KEROH 9 Julai – Melaka bakal menghimpunkan anak muda dari 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) menerusi Karnival Anak Muda...
OH MY HEALTH! CARNIVAL 2026 KEMBALI, SASAR 5,000 PENGUNJUNG
KLEBANG 9 Julai - Oh My Health! Carnival 2026 edisi ketiga kembali lagi dengan pelbagai pengisian lebih menarik untuk orang...
BELIA PERLU SEMAT, HAYATI PRINSIP MELAKA SAYANG RAKYAT
AYER KEROH 9 Julai – Penerima Anugerah Perdana Belia Negara (ABPN) diingatkan supaya tidak menganggap pengiktirafan diterima sebagai kemuncak kejayaan,...

