Harga ayam di Melaka naik 70 sen tidak benar

Masa Membaca:1 Minit, 25 Saat

AYER KEROH 20 Oktober – Harga ayam di pasaran Melaka masih mengikut harga kawalan ditetapkan kerajaan dan dakwaan harga ayam di Melaka meningkat 70 sen adalah tidak benar.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Norena Jaafar berkata susulan laporan sebuah akhbar mengenai kenaikan harga itu, Pegawai Pemantau Harga (PPH) dan pegawai penguatkuasa KPDN menjalankan pemeriksaan dan mendapati peniaga masih mengekalkan jualan harga di bawah harga kawalan ditetapkan kerajaan iaitu RM9.40 sekilogram.

Malah katanya, ada juga peniaga yang menetapkan harga jualan RM7.99 sekilogram.

“Bagaimanapun, terdapat segelintir peniaga yang mengenakan caj pemotongan ayam antara 30 sen hingga RM1.00 untuk sekilo ayam namun ia adalah pilihan kepada pengguna atas perkhidmatan yang ditawarkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Semalam, sebuah media melaporkan harga ayam di negeri ini dikesan mengalami kenaikan 70 sen sejak pengumuman kerajaan untuk mengapungkan harga telur dan ayam menerusi pembentangan Bajet 2024.

photo_2023-01-16_16-15-42
Pengarah KPDN Melaka Norena Jaafar. Foto MR Azli

Laporan itu susulan tinjauan dilakukan di Pasar Besar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Jalan Tun Fatimah, Bachang, di sini, yang mendapati biarpun harga siling ayam kekal, RM9.40 rata-rata peniaga menjual barang keperluan itu pada harga tinggi berbanding minggu terdahulu.

Norena berkata, setakat ini tiada aduan rasmi berkaitan harga ayam diterima oleh pihak KPDN Melaka. Semua pihak dinasihatkan agar mendapatkan info yang sahih sebelum menyebarkan kepada umum bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan masyarakat.

Bagaimanapun katanya, semua peniaga diingatkan supaya mematuih peraturan dan undang-undang ditetapkan bagi memastikan kelestarian perdagangan di negeri ini.

“Dari aspek penguatkuasaan, KPDN sentiasa melakukan pemantauan bagi memastikan tiada pelanggaran undang-undang berlaku,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

995
Kongsi :
Previous post Imigresen serbu kondominium mewah, 136 pendatang tanpa izin ditahan
Next post Melaka jadi tumpuan dunia tahun 2025
Ubah saiz-+=