Sorting by

×

Harga durian dijangka lebih mahal tahun ini

Masa Membaca:1 Minit, 25 Saat

UMBAI 14 Mei- Harga durian di seluruh negara pada tahun ini bakal melonjak antara 60 hingga 100 peratus.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industi Makanan (MAFI) I, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata ia berikutan musim pengeluaran durian tahun ini lewat berbanding sebelum ini.

Katanya, hal itu berpunca daripada faktor cuaca termasuk keadaan hujan berterusan selain kos baja dan gaji pekerja yang meningkat.

“Dua negeri iaitu Pulau Pinang dan Perak sudah menyaksikan kekurangan pengeluaran durian sehingga 50 peratus.

“Persatuan Penanam Durian juga ada memaklumkan kepada kita mereka mungkin akan naikkan harga durian termasuk durian pilihan utama seperti black thorn (duri hitam), musang king dan durian kampung.

“Saya ada laporan yang menjangkakan tahun ini durian duri hitam boleh mencecah harga RM100 sekilogram, Musang King, RM60 hingga RM80 mengikut gred berbanding dulu RM30 ke RM40,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas masjlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di Umbai, hari ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industi Makanan (MAFI) I, Datuk Seri Ahmad Hamzah

Mengulas lanjut, Ahmad Hamzah berkata, hujan berterusan bukan sahaja memberi kesan kepada proses pendebungaan, malahan hujan lebat mengakibatkan putik durian gugur sehingga menjejaskan penghasilan buah.

Tambahnya, beliau juga telah mendapatkan pandangan daripada Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri termasuk Perak dan Pulau Pinang yang mengenai jangkaan kenaikan itu yang sudah berlaku di negeri berkenaan.

Jelasnya, pihaknya juga tidak menetapkan had harga bagi buah-buahan kerana ia adalah diluar kawalan, sebaliknya ditentukan berdasarkan prinsip asas ekonomi bergantung kepada pengeluaran dan permintaan.

“Kalau bekalan kurang, permintaan tinggi, harga akan meningkat dan begitu juga sebaliknya. Sebab itu buah-buahan ini kita tidak mengawal harga,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1646
Kongsi :
Previous post Kenaikan harga tiket muzium tampung kos penyelenggaraan tinggi
Next post Cadang Sulaiman jadi Pengerusi UMNO Melaka bukan keputusan mesyuarat
Ubah saiz-+=