Sorting by

×

Harga satu tan sawit mentah takkan kurang daripada RM4,500

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

DURIAN TUNGGAL 3 Julai – Kerajaan memberi jaminan harga satu tan minyak sawit mentah (MSM) tidak akan turun sehingga paras RM4,500 sehingga hujung tahun ini.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin menjangkakan penurunan itu akan berlaku malah telah berlaku lebih awal berbanding sasarannya yang dijangkakan pada hujung tahun ini.

Ujarnya, harga minyak sawit mentah akan stabil pada kadar RM4,500 sehingga RM5,000 dan tidak akan menyusut lebih daripada paras tersebut.

“Harga sawit (satu tan) tidaklah jatuh sampai ke tahap RM2,500 seperti dulu, kita pun memang telah menjangkakan penyusutan kepada RM5,000 sehingga RM4,500 dalam norma baharu.

“Ini paras yang baik dengan dalam keadaan hari ini cuma ia berlaku lebih awal berbanding jangkaan iaitu pada hujung tahun,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan lawatan kerjanya di Plot ladang koko di Kampung Panchor di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, katanya situasi penyusutan MSM adalah disebabkan keadaan pasaran global yang tidak stabil dihadapi buat masa ini.

Jelasnya ia berikutan antaranya disebabkan tindakan Indonesia menghentikan pengeksportan minyak sawit pada Mei lalu dan perang Rusia-Ukraine.

“Tapi tak akan lebih rendah dari RM4,500 dan saya jangka dia akan naik balik, apa-apa pun pengusaha kebun sawit masih lagi memperoleh hasil pada harga tinggi, dapat pendapatan yang tinggi,” katanya.

Terdahulu, menerusi rekod daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) melaporkan setakat Jun lalu, negara merekodkan purata keseluruhan sebulan setakat 30 jun sebanyak RM6,106 buat satu tan MSM dijual pada bulan itu.

Malah rekod terakhir jualan harian pada 30 Jun, melaporkan harga MSM terkini adalah sejumlah RM5,065 dijual pada satu tan setakat ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1744
Kongsi :
Previous post Dua beranak Orang Asli maut dalam kemalangan
Next post Elak ketirisan dana, jawatankuasa perlu diberi pendedahan
Ubah saiz-+=