
Dua beranak Orang Asli maut dalam kemalangan
IPOH, 3 Julai – Seorang kanak-kanak dan bapanya maut apabila motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands dekat sini hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak dalam kenyataan berkata kanak-kanak itu yang dianggarkan berusia 12 tahun dan bapanya, 62, dipercayai berketurunan Orang Asli, meninggal dunia di lokasi kejadian.
Empat individu lain termasuk seorang wanita dan seorang kanak-kanak perempuan yang menaiki kereta jenis Toyota Aphard hanya mengalami kecederaan, katanya.
“Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai menerima panggilan pada pukul 10.45 pagi tadi dan anggota bomba mendapati kedua-dua kenderaan itu bertembung dalam kemalangan itu sehingga mengakibatkan dua mangsa yang menaiki motosikal tercampak ke dalam semak,” katanya.
Katanya kedua-dua mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat pada 11.50 pagi tadi.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RIDHWAN AKTIFKAN SEMULA ADUAN KOMUNITI UNTUK WARGA AYER MOLEK
SERI NEGERI 19 November - Program Aduan Komuniti yang sebelum ini berjaya mengumpulkan 500 aduan dalam tempoh tiga tahun kini...
MEDIPULIH PERLUAS PERANAN, BINA KOMUNITI LEBIH CAKNA KESIHATAN
BANDA HILIR 19 November - Penjagaan kesihatan tidak seharusnya terhad kepada rawatan ketika sakit, sebaliknya perlu merangkumi pencegahan, pengesanan awal...
ZOO MELAKA BELANJA ‘SI CILIK’ MASUK PERCUMA
AYER KEROH 18 November - Seramai 100 kanak-kanak berpeluang menikmati kemasukan percuma ke Zoo Melaka menerusi promosi khas sempena sambutan...
RAKYAT YAKIN AB RAUF MAMPU BAWA MELAKA LEBIH JAUH
AYER KEROH 18 November - Kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh yang disifatkan berjaya membawa pelbagai...
ADUAN RAKYAT TIDAK TERHENTI SELEPAS KEMPEN, DIRA AMBIL TINDAKAN
SERI NEGERI 18 November - Aduan rakyat yang dibangkitkan sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16, khususnya membabitkan masalah...
RISIKO BANJIR MENINGKAT, CIKGU MUS AKTIFKAN LANGKAH PEMINDAHAN
SERI NEGERI 18 November - Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal diminta mempercepatkan...
